Heh! Memang IRONIK singguh kenyataan yang dibuat oleh Si Hisham Gay ni. Nampak sangat sifat MUNAFIK yang ada dalam diri dia tu. Dulu cerita lain, sekarang cerita lain pulak.
Kalau dulu, dia la yang paling lantang mengutuk dan menyerang Tun Mahathir. Tapi sekarang, dia pulak yang sibuk nak menjulang bekas Perdana Menteri tu sebagai seorang Jaguh.
Terbaru, Si Hisham Gay tu menuduh Anwar sebagai penyebab utama PKR berada dalam keadaan kucar kacir. Nak pulak dalam isu berkaitan hubungan kerjasama Politik parti itu dengan PAS.
Kata Si Hisham Gay, perbezaan pendapat yang ketara dalam PKR pada waktu ini sehingga mewujudkan dua kumpulan yang bertentangan berpunca dari pendekatan menjadi pemimpin.
Aktivis Pro Pakatan tu juga turut mendakwa, tindakan Si Ketua Penipu tu yang memberikan arahan berbeza - beza kepada pemimpin PKR akhirnya telah menimbulkan pelbagai kekeliruan.
"Misalnya kepada si polan A Saudara Anwar telah memberi pandangan lain daripada yang diberi kepada si polan B. Dan agak berbeza juga daripada yang diterima oleh si polan C.
"Ini menimbulkan kekeliruan. Buktinya apa yang sedang berlaku sekarang dalam agenda memutuskan kerjasama PKR dengan Parti Islam, PAS.
"Cara atau metode dan pendekatan memimpin seperti ini tidak baik. Ia tidak melahirkan keputusan yang kompak dan tuntas. Hasilnya ialah cerai-berai," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Malaysiakini.
Kenyataan Si Hisham Gay tu merujuk kepada krisis dalaman PKR yang wujud ekoran percanggahan pendapat sesama pimpinan parti itu mengenai usaha mewujudkan rundingan bersama PAS.
Dalam erti kata mudahnya, Si Hisham Gay ni memberikan gambaran seolah - olah kenyataan yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu selama hari ini telah menjadi punca kepada perbalahan demi perbalahan yang berlaku dalam PKR!!!