Parti Amanah Negara (PAN) menggesa supaya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali patuh dengan keputusan Pakatan Harapan (PH) dengan menghentikan sebarang rundingan dengan PAS.
Gesaan itu dibuat oleh Khalid Samad yang menyifatkan gabungan pembangkang itu tidak boleh lagi membuat keputusan bercanggah kerana ia memberikan kesan tidak baik kepada mereka.
“Selagi Azmin tidak berikan kami satu penghujahan dan penjelasan yang boleh meyakinkan kami bahawa keputusan itu (berunding dengan Pas) adalah sesuatu yang perlu diteruskan, kita juga berhak mempunyai pandangan masing-masing.
“Bagaimanapun, itu hak Azmin hendak beri pandangan (berunding dengan Pas) sedemikian. Pakatan Harapan sudah buat keputusan dan ia muktamad,” Khalid dipetik berkata.
Khalid mengulas mengenai tindakan Mohamed Azmin sebelum ini yang berunding dengan Pas tanpa pengetahuan parti komponen PH lain sehingga menimbulkan kecaman terhadap beliau.
Majlis Presiden Pakatan Haprak tu sebelum ini mengekalkan pendirian tidak akan bekerjasama dengan Pas untuk melawan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Terdahulu, terdapat usaha daripada kalangan pemimpin PKR untuk berbincang dan kembali memujuk Pas bagi mewujudkan kerjasama Politik diantara kedua - dua parti menjelang PRU14.
Azmin bagaimanapun tetap menegaskan bahawa, usaha dan perbincangan dengan PAS itu hanya merupakan inisiatif daripada PKR dan ianya tidak melibatkan parti dalam dalam Pakatan.
Sebaliknya kata Azmin, ia hanya dilakukan diantara PKR dengan PAS sahaja. Tetapi malangnya, PAS tetap dengan pendirian mereka yang menegaskan bahawa parti itu tidak akan menyertai Pakatan yang turut dianggotai oleh DAPigs dan PAN yang menjadikan mereka sebagai "Musuh Utama"!!!