Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, ia bagi mengelakkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat selepas langkah penutupan sementara KR1M dibuat.
“Apa sudah jadi dengan KR1M? Kerajaan buang duit terlalu banyak dan saya kira ini menyusahkan rakyat sebagai pembayar cukai.
Memetik laporan MalaysiaKini, tinjauan portal itu mendapati beberapa cawangan KR1M sekitar Lembah Klang ditutup buat sementara waktu.
Difahamkan, penutupan itu ada kaitan dengan pengumuman kerajaan menamatkan kontrak pengendali KR1M, Mydin kerana menjual barang lebih mahal daripada harga pasaran.
Arahan itu dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Julai lalu, selepas kerajaan menerima banyak aduan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan harga dan barangan dijual di kedai berkenaa
Terdahulu, Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diperuntukkan untuk memberi subsidi kepada Mydin supaya dapat menubuhkan 85 kedai KR1M di Semenanjung Malaysia, purata setiap kedai RM471,000.
Bagaimanapun, Mydin dalam kenyataannya kepada FMT mendedahkan, syarikat itu mengalami kerugian besar mengendalikan projek cetusan Perdana Menteri itu.
KR1M dirasmikan pada Jun 2011 bertujuan mengurangkan beban rakyat, selain membantu memasarkan produk pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.