Apapun pandangan negatif luar dan dalam terhadap Malaysia sekarang ini tetapi saya tidak dapat hapuskan keyakinan saya terhadap kekuatan asas ekonomi negara yang terbina dari sejak awal kemerdekaan sehingga ke era Tun Dr.Mahathir.
Kekuatan ini terbina atas kesedaran kepimpinan awal negara tentang perlunya perimbangan ekonomi kampong dengan bandar yang bermula dengan pembinaan infrastruktur asas utama kecil-kecilan di luar bandar seperti jalan,surau, sekolah,klinik dan lain-lain yang membawa kepada revolusi ekonomi yang radikal dan dinamik di bawah Tun Abdul Razak.
Maka itu setiap kali saya melawat keluar negara terutama negara- negara ASEAN saya semakin sedar akan kekuatan ekonomi negara kita dan tidak yakin pembangunan pesat sesebuah ibu negara sebagai gambaran kemajuan menyeluruh yang merantasi bandar seperti di negara kita.
Di Malaysia tidak hanya orang bandar memiliki kereta sendiri tetapi juga orang kampung dan kampong sesak dengan kenderaan di Hari Raya Aidilfitri yang menampakan limpahan rezki kepada anak-anak yang berjaya menerusi pelajaran atau sosial mobility.Kemajuan negara memberikan kemampuan untuk menampong perkerjaan kepada mereka.
Ada anak yang membeli kereta untuk ibubapa mereka.
Memasuki semula negara kita,samaada menerusi udara atau jalan darat, saya dapat merasakan denyut nadinya yang lebih berkualiti dari jalan raya,lebuh raya dengan kehijauan sekitarnya kepada kualiti kereta persendirian mewah kecil dan besar di jalan-jalan raya,condominium yang cantik, kawasan kediaman yang teratur mewah dan sederhana dan deretan kedai yang berbagai.
Restoran penuh dengan pelanggan selain dari kedai-kedai yang penuh dengan barang keperluan harian.
Sepanjang lebuhraya beratus kilometer di negara kita diindahkan oleh kehijaun pokok-pokok besar dan rumput- rumput ditepi jalan dipotong rapi tanpa lalang memanjang.Segar dam nayaman mata memandang.
Tiada bandar baru seperti Putrajaya atau Cyberjaya di Indonesia, Thailand apatah lagi di Philipina. Tanpa Mahathir mungkin wang Petronas telah dibazirkan kepada pembanguan yang tidak akan dapat dibanggakan sebagai warisan bangsa. Tiada bandar yang dibangunkan oleh bangsa sendiri selain dari berangga dengan Kuala Lumpur.
Semua ini tidak dapat dipadamkan dengan memadamkan atau menurunkan gambar Mahathir di mana-mana.
Sekalipun terdapat jenayah dan penjenayah di negara ini tetapi kita merasa terkawal kerana jarang benar penjenayah yang terlepas kecuali perasuah, penipu, pencuri dan penyamun.Bagaimanapun rasuah di kalangan pegawai kerajaan dan ahli politik bukanlah pekara baru malah sudah sebati dengan negara ini.
Disebalik kekuatan ekonomi dan kekebalan menghadapi keruntuhan ringgit tetapi situasi politik dan kehilangan keyakinan kepada pucuk pimpinan negara, menyebabkan saya bertanya apakah warisan kekuatan dari pemimpin pemimpin terdahulu yang masih dapat dirasakan ini akan dapat dikekalkan? Apakah kemakmuran rakyat akan berpanjangan?.
Saya telah berkhidmat sebagai wartawan dari sejak umur 18 tahun di bawah lima perdana menteri tetapi secara jujur saya ingin menyatakan saya tidak pernah merasakan kehilangan keyakinan kepada pucuk pimpinan negara seperti yang saya rasakan sekarang ini.
Kejatuhan ringgit tidak dapat dinapikan demoralise harga diri apabila membuat pertukaran dengan wang asing terutama dengan baht yang dulu seringgit 10 bath tetapi sekarang hanya tinggal 7 baht. Bagaimanapun ini tidak mudah menghilangkan keyakinan saya terhadap kemampuan asas ekonomi atau fundamental ekonomi negara.
Kekuatan kita dapat diukur dari kemampuan orang Malaysia termasuk dari kampong yang mampu melancong dan membeli belah di negara - negara ASEAN malah ke China dan Eropah tetapi orang dari negara jiran datang untuk berkerja di negara kita.Yang menyebabkan orang kita terasa sakit kerana barang yang dulu murah sekarang dirasakan mahal kerana kejatuhan ringgit.
Yang keluar negara in tidak sahaja orang kaya tetapi juga rombongan dari kampong-kampong termasuk dari kawasan Felda.Kemampuan mebeli belah dalam negara juga masih kuat walaupun harga barang meningkat.
Saya ke Bangkok baru baru ini semata-mata kerana hendak melihat apa yang dihebohkan oleh rakan- rakan tentang kemudahan perkhidmatan kenderaan awamnya dengan skytrain dan lebuh raya baru dari lapangan terbangnya ke Bangkok tetapi saya kecewa kerana tidak lagi menemui Bangkok yang menarik,selamat dan selesa seperti enam tujuh tahun dahulu.
Bangkok sekarang disesakkan oleh bangunan-bangunan baru ; pusat membeli belah, pasar raya dan hotel- hotel mewah yang kedudukannya tidak teratur pada sesuatu kawasan tertentu yang boleh menambah kecantikan dan keagungan ibu negara seperti hotel-hotel mewah di Kuala Lumpur yang terbaris di Jalan Tun Ismail dan Jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur.
Dataran Merdeka dengan bangunan iconic warisan British seperti Bangunan Sultan Abdul Samad,Hotel Majectic,Stesen Keretaapi dan lain -lain dari Jalan Hisamuddin hingga ke Jalan Raja sukar untuk ditandingi architecturenya oleh mana-mana negara kecuali Singapura yang juga berada di bawah penjajahan yang sama.
Kesesakan lalu lintas di Bangkok lebih teruk dari di Jakarta dan diwaktu kesesakan jika anda memerlukan kenderaan awam seperti teksi atau tut tut maka anda mestilah bersedia untuk ditipu oleh mereka .Teksi tidak mahu memakai meter dan tut tut akan mengenakan sewaan yang dua tiga kali ganda lebih mahal dari teksi.Jika sewaan teksi 100 baht,tut tut 300 bath.
Terdapat hanya sebuah little Arab yang dikenali sebagai Nana yang terdiri dari beberapa restoran,mini market ,hotel kecil dan besar yang hanya dilanggani oleh orang Arab yang datang mendapatkan rawatan perubatan disebuah Pusat Perubatan yang terkenal yang popular di kalangan negara-negara Arab.
Tidak seperti di Malaysia restoran-restoran Arab tidak hanya dikunjungi oleh orang Arab sebaliknya dihidupkan dengan kunjungan orang tempatan.
Mungkin kerana tidak ramai Islam Thai di Bangkok atau tidak sesuai dengan citrasa mereka atau mereka tidak mampu berbanding dengan orang Islam Malaysia.
Kereta-kereta di jalan raya kebanyakan kereta Jepun dan jarang dapat dilihat Mercedes ,BMW, VW dan lain-lain kereta Barat yang di Malaysia tidak sahaja dipakai oleh orang kaya tetapi anak-anak muda atau orang-orang kaya baru yang menggambarkan keupayaan rakyat.Di negara kita ,di negeri-negeri pun banyak kereta mewah.
Menaiki ERL,LRT,MRT dan KTM di Malaysia kita dapat rasakan world class walapun masih ketinggalan dari beberapa segi dari Barat tetapi ada yang kita sudah jauh lebih baik dari mereka umpamanya R&R kita yang selesa dan indah dibandingkan dengan UK.
Kemajuan dan pemodenan ini tidak dicapai dalam sehari tetapi dari keupayaan kepimpinan yang bertukar ganti yang masing-masing ada kekuatannya yang tersendiri dan meninggalkan jasa besar masing-masing.
Apabila orang Melayu hilang kepercayaan kepada Tunku,mereka mendapat pengganti yang memenuhi harapan mereka kepada suatu keadaan yang lebih terjamin dibawah Tun Razak dan bila digantikan oleh Tun Hussein Onn keadaan negara terus stabil. Bila Dr.Mahathir menggantikannya, beliau telah membawa keajaiban dengan pemodenan yang menjadikan Malaysia Harimau yang bermaruah di mata dunia, dikagumi oleh negara-negara ketiga dan dicemburi oleh Barat.
Dan beliau menggemparkan dunia bila berjaya mengalahkan Soros penyangak mata wang yang berjaya melumpuhkan ekonomi negara negara lain yang dianggap lebih maju dari Malaysia tetapi Malaysia tegak bediri dengan megah dan gagah. Mahathir dikagumi.
Tetapi malangnya Mahathir gagal untuk melumpuhkan penyangak-penyangak mata wang dari dalam partinya sendiri dan juga dalam negaranya sendiri.
Nasibnya sama seperti Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura yang meninggalkan sebuah kerajaan yang bersih,cekap dan amanah kepada rakyatnya tetapi anak-anak-nya sendiri telah mencemarkan namanya kerana lebih mementingkan kekayaan dari nilai sentimen dan sejarah.
Saya telah berkhidmat sebagai wartawan dari umur 18 tahun,dari zaman Tunku Abdul Rahman hingga ke Mahathir dan di zaman Pak Lah saya bukan lagi wartawan tetapi saya tidak pernah merasakan kehilangan kepercayaan kepada kepimpinan negara seperti yang saya rasakan sekarang.
Kita masih kuat dan teguh walaupun ringgit telah jatuh kerana kita memiliki negara yang asas ekonominya terbina dari kampong hingga kebandar tetapi apakah ini akan dapat dikekalkan?.
Saya bukan seorang ahli ekonomi tetapi saya berpandangan kejatuhan ringgit bukan kerana keruntuhan asas ekonomi negara tetapi kerana kehilangan keyakinan dunia dan negara-negara jiran terhadap kepimpinan negara yang lemah.
Kesilapan Mahathir paling besar ialah kerana beliau sendiri menanam kepercyaan dan berpegang kepada falsafah maruah bangsa boleh ditebus dengan kejayaan pembangunan meterialisme, mesti meramaikan jutawan Melayu dan beliau sendiri tidak dapat mengawal dirinya dan rakan-rakannya dalam halini untuk menjadi contoh kehidupan yang sederhana kepada rakyat seperi Lee Kuan Yew.Maka itu tidaklah heran jika Datuk Seri Najib percaya bahawa Money Is The King
Mahathir sedang membayar harga yang sangat mahal kepada kepercayaannya yang salah. Melayu bukanlah metrialisitik,peneroka tidak pernah ingat mahu jadi jutawan menerusi saham FELDA