MAJORITI AHLI AKUI PPBM "SESAT"???

Majoriti ahli yang masih menganggotai PPBM kini sebenarnya berada dalam keadaan 'serba salah' kerana sudah tersedar bahawa parti pimpinan Tun Mahathir itu bukanlah sebuah parti yang ideal, demikian dakwaan bekas pengasasnya.

Menyifatkan golongan itu sebagai penuh kepura-puraan, Kamarulazman Habibur Rahman juga mendakwa sebahagian besar daripadanya terpaksa 'bertahan' kerana malu mengakui bahawa mereka tersilap membuat percaturan.
"Mereka sependapat dengan saya cuma berbeza-beza latar belakang, pandangan dan sebagainya. Pertamanya, (golongan) yang menunggu melihat bahawa sesuatu yang baru akan berlaku.
"Keduanya, mereka ikut kerana taksub kepada Tun (Dr Mahathir). 
"Ketiga, pihak yang mungkin merasakan tak tahu mana lagi nak pergi sebab kalau keluar, mereka tak diterima.
"Kategori mereka berbeza-beza tapi hakikatnya, majoritinya berada dalam keadaan serba salah kerana mereka tahu bahawa ini adalah perjalanan yang bawa mereka kepada kesesatan, dan mereka terpaksa pada hakikatnya akhirnya akan ambil keputusan untuk berpatah balik.
"Tapi memang adat resam orang Melayu, mereka sangat malu untuk mengaku mereka salah, silap dan sebagainya," katanya kepada Antarapos ketika ditemubual baru-baru ini.
Kamarulazman merupakan salah seorang individu penting dalam penubuhan PPBM, namun mengambil keputusan untuk keluar parti pada April lalu selepas kecewa dengan amalan kronisme dan pilih kasihdalam parti teraju Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Beliau juga mengumumkan peletakan kesemua jawatannya dalam parti, termasuk sebagai ahli majlis pemimpin tertinggi PPBM dan Setiausaha Kerja PPBM pusat.

Dalam kenyataan ketika mengumumkan keluar parti, Kamarulazman turut menyelar sikap pemimpin PPBM yang bekerja untuk jawatan serta kedudukan, malah melayan kumpulan yang bekerja keras demi parti dengan 'layanan kelas kedua'.

Sebilangan ahli dan pemimpin peringkat negeri mengikut jejak langkah beliau, namun paling mengejutkan adalah apabila dua orang pemimpin kanan parti turut berbuat demikian baru-baru ini, iaitu Anina Saadudin dan Datuk Hamidah Osman.

Subscribe to receive free email updates: