Huh! Memang tak syak lagi. Si Menteri Besar Selangor ni rupanya memang seorang yang suka "Cakap Tak Serupa Bikin". Lain yang dia cakap, lain pulak tindakan yang dia buat akhirnya.
Kalau sebelum ini, Si Azmin tu bukan main lagi membalun cadangan Rafizi yang mengesyorkan supaya PKR mengadakan Kongres Khas Nasional bagi membincangkan isu kerjasama Politik dengan PAS.
Dalam satu kenyataan sebelum ini, Si Azmin Ali tu seolah - olah menyindir cadangan Rafizi yang turut mendakwa isu berkaitan dengan kerjasama itu memecahkan PKR kepada dua kumpulan.
Malah tidak hanya sekadar itu sahaja. Bahkan kartel yang kuat menyokong Si Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR itu juga turut serta membalun Si Rafizi Ramli tu secara terbuka.
Ada dikalangan Kartel Azmin tu mendakwa Si Rafizi tu sebagai Barah dalam parti dan melabel Pakara Strategi PKR itu sebagai Agen Ponorogo yang dikaitkan dengan pemimpin UMNO.
Tapi IRONIKnya, bila Si Ketua Penipu tu keluarkan kenyataan dari dalam penjara dan menggesa agar cadangan Si Rafizi untuk mengadakan Kongres itu diadakan, terus Si Azmin ni berubah.
Tiba - tiba pulak dia mendakwa kononnya 'Cadangan' dia yang betul bagi mengadakan rundingan dengan PAS. Tiba - tiba, dia pula yang nak kutip 'Mata' sedangkan cadangan itu Si Rafizi yang buat.
“Terbukti saya betul. Kebenaran mengatasi pembohongan,” kata timbalan presiden PKR itu dalam catatan Facebooknya yang dilihat seolah - olah menyindir pendirian Pakatan yang menolak hubungan kerjasama PKR dengan PAS.
Dari satu sudut, tindakan Si Azmin tu bukan sahaja membuktikan yang dia seorang pemimpin MUNAFIK. Tapi, dia juga merupakan pemimpin membanggakan diri diatas usaha yang orang lain buat. Ibarat macam 'Sapi' juga la Si Azmin Ali ni rupanya!!!