NURUL IZZAH TERPAKSA "BERLAKON" PASRAH!!!

Anak sulung kepada Si Ketua Penipu, Nurul Izzah Anwar kini dilihat 'pasrah' berhubung dengan isu pembebasan ayahnya dan mendakwa tiada lagi rayuan berhubung perkara berkenaan.

Namun, dalam masa yang sama, Si Nurul Izzah tu tetap juga mendakwa bahawa mereka kini mempunyai pihak luar yang perlu mendesak Kerajaan membebaskan Si Ketua Penipu tu dari penjara.
"Jadi kempen (pembebasan Anwar), saya tak perlu pinta dan rayu kepada pembebasan, kerana kita mempunyai pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah perakui (perlunya pembebasan Anwar)," katanya selepas sidang medianya disini, hari ini.
Katanya lagi, justeru itu Kerajaan perlu melakukan perkara yang 'sepatutnya', kerana isu berkaitan dengan pembebasan Si Ketua Penipu itu telah dinyatakan oleh pelbagai pihak dari luar.
"Pesuruhjaya Hak Asasi PBB, Putera Zeid Ra'ad mengakui Datuk Seri Anwar Ibrahim wajib dibebaskan serta-merta. Pada saya ini merupakan satu bentuk pembuktian...Ini termasuk fatwa Sheikh Yusuf Al-Qardawi berhubung pembebasan itu," katanya.
Berhubung isu pembebasannya sebelum ini, keluarga Si Ketua Penipu itu telah beberapa kali berusaha untuk mendesak pihak Kerajaan agar dia dibebaskan daripada hukuman penjara.

Dimana pada 24 Februari lalu, keluarga Si Ketua Penipu itu telah menghantar permohonan pengampunan DirRaja di atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, isteri Si Ketua Penipu iti, Wan Azizah Ismail dan anaknya, Nurul Nuha telah menghantar permohonan itu kepada pihak Istana Negara.

Manakala Si Nurul Izzah pula telah menghantar satu permohonan terbuka melalui surat rasmi untuk memaklumkan mengenai permohonan pengampunan DiRaja tersebut ke Parlimen.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Si Ketua Penipu tu pada Februari 2015 kerana bersalah atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari tujuh tahun lalu.

Walaubagaimana pun, bagi sesetengah pihak keputusan untuk 'Pasrah' itu bukan bererti penghujung kepada perjuangan PKR yang mahu memperjuangkan kepentingan Si Ketua Penipu itu.

Sebaliknya, tindakan tersebut hanya dilihat untuk mententeramkan pengikut - pengikut PKR dari memberontak sepertimana yang berlaku sejak Pakatan Haprak didominasikan oleh Tun Mahathir yang masih dianggap sebagai pemimpin yang bertanggungjawab terhadap nasib Si Ketua Penipu tu!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :