Hahaha!!! Malang sungguh nasib Si Azmin ni. Dah la hasil kajian Sinar Harian semalam mendapati pengundi dikawasan Gombak dah tak nak gunakan khidmat dia sebagai Ahli Parlimen mereka.
Kali ini, giliran para pengundi serta kepimpinan masyarakat di Pekan pulak menolak mentah - mentah hasrat Timbalan Presiden PKR tu nak bertanding dikawasan Parlimen YAB Perdana Menteri.
Kalau sebelum ini, Si Azmin tu kata dia berhajat nak pindah ke Parlimen Pekan jika pucuk pimpinan PKR tidak mahu dia kekal bertanding di Gombak dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Ujar Azmin, sekiranya PKR tidak menyenaraikan nama dia bagi mempertahankan Parlimen Gombak, maka langkah strategik yang harus diambil adalah dengan meletakkan dia di Pekan.
“Kita kena menang semua, saya sudah sebut kalau saya nak pindah, saya tidak pindah ke Ampang. Kalau parti suruh saya pindah, dari segi strategi saya nak pindah Pekan,” katanya selepas merasmikan Karnival Inisiatif Peduli Rakyat di Kampung Baru, Batu Caves hari ini.
Dari satu sudut, kenyataan Si Azmin itu dilihat seolah - olah mencabar kepimpinan partinya sendiri ekoran tercetusnya khabar angin yang mengatakan bahawa dia akan berpindah ke Ampang.
Bagi sesetengah pihak, kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin itu memberikan gambaran kononnya dia ada peluang besar untuk menang dikawasan Parlimen Pekan dalam PRU akan datang.
Maka atas sebab itu blog ini membuat cabaran terbuka agar Si Azmin ni mengotakan kata - katanya sendiri dan membuktikan bahawa dia mampu menewaskan YAB Perdana Menteri di Pekan. Jangan dia hanya setakat pandai Bercakap Besar je!!!