PAS ANGGAP KIT SIANG BERLAKON "ALIM"!!!

Pasti ramai tertarik dengan tajuk berita "DAP sokong Islam" dalam Sinar Harian dengan isi beritanya sebagaimana dilaporkan daripada Lim Kit Siang bahawa "DAP menyokong prinsip Islam dalam perlembagaan".

Jika benar begitu, kenapa DAPigs menentang sekeras-kerasnya pengislaman anak bawah umur 18 tahun oleh salah seorang ibu atau bapa yang memeluk Islam yang telah ditetapkan dalam perlembagaan dan selaras dengan fatwa-fatwa peringkat kebangsaan dan fatwa negeri?

Persoalan itu dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke laman media sosial, Facebook peribadinya semalam.

Katanya, ketika pindaan Akta 164 berlangsung di Dewan Rakyat yang lalu sangat ketara, dimana ahli-ahli Parlimen DAPigs mempertikaikan kenapa tidak dimasukkan cadangan pindaan 88a yang membolehkan agama anak ditentukan secara bersama oleh ibu dan bapa sedangkan mereka tahu cadangan pindaan itu bercanggah dengan perlembagaan dan bercanggah dengan Islam.
"DAP tidak perlu berlakon untuk menyokong Islam. Perjuangan DAP ialah Malaysia sebagai negara sekuler. Pemikiran itu sudah tentu bercanggah dengan prinsip Islam dalam pemerintahan," jelasnya.
Tindakan dan perlakuan DAPigs jelas menunjukkan penentangan mereka terhadap Islam. Sejak 2015 khususnya, DAPigs kembali menunjukkan penentangan terhadap usaha menegakkan undang-undang jenayah Islam di Kelantan.

Usaha PAS yang mahu memperkasakan RUU 355 bagi memperkasakan peranan Mahkamah Syariah yang hanya melibatkan orang Islam juga turut ditentang keras oleh DAPigs.
"Para pengundi Islam tidak perlu terpedaya dengan kata-kata manis DAPigs bagi memenangi PRU ke 14. Kegagalan Umno/Bn menguruskan negara secara berhemah berasaskan prinsip Islam telah menjadi modal DAPigs untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.," katanya lagi.
Maka, atas dasar itu,  PAS membuat ketatapan dan keputusan secara terbuka serta mendakwa bahawa Islam tidak akan selamat sekiranya Malaysia berada di bawah pemerintahan DAPigs.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :