PAS DAKWA PKR "BERTEPUK SEBELAH TANGAN"!!!

PKR perlu menarik semua tuduhan yang dibuat pimpinan parti itu terhadap kepimpinan PAS sebelum mahu mengadakan sebarang rundingan semula kerjasama Politik dengan mereka.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS mempersoalkan mengapa PKR mahu berunding semula sedangkan masih ramai pemimpin parti tersebut yang menyerang PAS dan Presiden parti itu.
 "Setakat ini, tidak ada sebarang perbincangan dengan PKR. PAS kekal seperti keputusan sebelumnya iaitu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk berhadapan dengan Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang.
"Kita akan bertegas dengan agenda Islam bagi menyelamatkan negara," katanya mengulas kemungkinan PAS dan PKR akan berunding semula menjalinkan hubungan kerjasama untuk PRU-14.
Baru-baru ini, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, dalam kenyataannya mahu hubungan PKR dengan PAS diteruskan selagi parti Islam itu bersedia untuk meneruskan perbincangan.

Namun pada minggu lalu, gabungan pakatan pembangkang itu sebulat suara memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan PAS. Keputusan itu dibuat sebelum kenyataan Anwar dikeluarkan.

Ditanya sama ada PAS bersedia berunding jika PKR bertegas mahu menjalinkan kerjasama, Mohd Khairuddin berkata; "Berkahwin tak boleh seorang atau bertepuk sebelah tangan. Selepas menyerang PAS dengan pelbagai tuduhan, tiba-tiba hendak berunding?."

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :