Walaupun Azmin akur keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan yang menolak kerjasama dengan PAS, tetapi surat terbuka Rafizi bertarikh 27.8.17 telah melebarkan perang saudara antara dua kelompok besar dan berpengaruh dalam PKR.
Konflik itu mendedahkan betapa takutnya PKR kepada pertandingan tiga penjuru. Pada pandangan kumpulan Azmin, Selangor first national second. Tetapi Rafizi menuduh, Azmin mahu menyelamatkan kedudukannya sebagai Menteri Besar.
Nampaknya PKR tetap menganggap PAS masih berpengaruh kepada orang Melayu bukannya PAN. PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar menjadi bukti bahawa mala petaka akan melanda pembangkang jika pertandingan tiga penjuru berlaku.
Apabila Azmin mengadakan perbincangan pintu belakang dengan PAS sebenarnya dia menyindir PPBM dan PAN bahawa mereka tidak semampu PAS untuk menarik sokongan Melayu kepada Pakatan Harapan. PPBM dan PAN hanyalah parti tumpang semangkuk.
Rupanya ada dua kelompok besar dalam PKR sepertimana yang telah didedahkan oleh Si Rafizi tu sebelum. Kumpulan Rafizi termasuk Saifuddin Nasution, Johari Abdul dan Nik Nazmi menyokong Kem Wan Azizah.
Manakala yang menjadi pendokong Kartel Azmin ialah Surendran, Xavier Jeyakumar, Tian Chua, Sivarasa Rasiah, Shamsul Iskandar, Zuraida Kamaruddin, Kamaruddin Jaafar dan Saifuddin Abdullah serta Latheefa Koya.
Berdasarkan senarai itu kumpulan Kartel Azmin nampak lebih kuat. Tetapi kelebihan kumpulan Rafizi ialah mereka lebih dipercayai oleh Anwar walaupun Anwar mendakwa dia merestui perbincangan pintu belakang Azmin bersama PAS.
Lagi pun Wan Azizah sudah tentu akan memihak kepada kumpulan Rafizi sebab Azmin sebagai Menteri Besar sering membelakangkan pucuk kepimpinan PKR dalam membuat dasar di Selangor.
Konflik ini merisaukan beberapa pihak yang pro pembangkang. Antaranya Ambiga dan NGO-NGO yang mendewakan puak Pakatan tu. Mereka semakin bosan dengan perang saudara yang sering melanda PKR dan juga Pakatan.
Setelah letih membantu Pakatan Harapan untuk mensabotaj kerajaan melalui lima kali perhimpunan BERSIH, sudah tentu Ambiga merasakan sumbangan mereka adalah sia sia kerana perang saudara berterusan dalam PKR.
Kumpulan ini dan pembangkang seperti mengharapkan pilihanraya diadakan awal. Kekuatan utama puak Pakatan Haprak tu ialah berbohong. Tetapi mereka sedar pembohongan itu tidak boleh bertahan lama.
Lama kelamaaan apabila dakwaan demi dakwaan yang direka cipta oleh mereka tidak boleh dipertahankan dan dibuktikan maka rakyat mula mempersoalkan kredibiliti gabungan pembangkang itu sendiri.
Rakyat juga turut penat dan bosan menjadi penonton kepada marathon Politik persepsi tanpa kesudahan yang dihidangkan oleh PKR serta Pakatan hari ini.
Sebaliknya pihak PH semakin penat berbohong. Pembohongan mereka makan diri. Sebab itu PAS meninggalkan Pakatan. Sebab itu PPBM dan PAN tidak mendapat sambutan. Sebab itu hingga ke hari ini parti berkenaan tidak berani memgumumkan jumlah sebenar keahlian mereka.
Natijahnya, kerana kehabisan modal untuk berbohong dan ulang tayang pembohongan yang tidak lagi laku, perang saudara bukan sahaja berlaku dalam PKR tetapi sedang merebak ke dalam DAP, PAN dan PPBM.