Heh! Nampak sangat betapa terdesaknya Si Rafizi ni nak menjual temberang dia untuk memutar-belitkan pertemuan YAB Perdana Menteri dengan Presiden Amerika baru - baru ini.
Jika semalam, Si Rafizi tu meroyan membuat dakwaan kononnya lawatan YAB Perdana Menteri berjumpa dengan Donald Trump bukan atas kapasiti sebagai seorang Ketua Negara.
Sebaliknya, Si Rafizi tu mendakwa pertemuan diantara kedua - dua pemimpin itu hanya sekadar perjumpaan biasa selama 30 minit berdasarkan kepada maklumat dalaman yang diterima.
Demi untuk mempertahankan dakwaan yang dibuat, Si Rafizi tu sekali lagi tampil dengan penjelasan secara panjang lebar untuk menjelaskan perkara tersebut melalui laman media sosial.
Tapi bezanya kali ini, Si Rafizi tu dilihat seolah - olah terpaksa mendesak semua pihak agar menyaksikan pendedahan yang dibuat dilaman Facebook miliknya. Ianya tidak seperti kebiasaan yang dilakukan.
Dari satu sudut, nampak sangat yang Si Rafizi tu dah mula hilang kredibiliti dalam menyebarkan maklumat kepada penyokong - penyokong Pakatan, khususnya pengikut partinya sendiri.
Nak pulak apabila ramai pemimpin PKR sendiri mula tampil membuat pendedahan songsang dan mempertikaikan bahan sebaran yang dilakukan oleh Pakar Strategi PKR itu secara terbuka.
Bahkan segala sumber maklumat sulit yang didakwa dimiliki oleh Si Rafizi tu selama hari ini juga turut menjadi bahan pertikaian dikalangan pemimpin - pemimpin partinya yang disertainya.
Jadi, tak heran la kenapa Si Rafizi tu kali ini TERPAKSA mendesak agar pendedahan yang dibuat terhadap pertemuan diantara YAB Perdana Menteri dan Presiden Amerika itu disebarkan. Nampak sangat 'Temberang' Si Rafizi ni dah tak laku dikalangan puak Pakatan tu!!!