Nampak gayanya, Rafizi ni tidak akan duduk diam dari terus melontar fitnah. Bagi dia, fitnah itu seolah-olah ‘makanan ruji’ dia seharian. Tidak boleh jika tidak makan, takut nanti mati kekurangan zat.
Selepas beberapa kali menabur fitnah kununnya YAB Perdana Menteri bukan tetamu negara Amerika Syarikat, Rafizi atau askar-askar upahannya pertikaikan pula warna tali leher yang diguna oleh Donald Trump.
Katanya warna tali leher itu membayangkan bahawa kunjungan Perdana Menteri itu tidak penting. Apabila dijawab kesemua tuduhan mereka itu, terbukti mereka silap dalam segala segi.
Selepas semua dakwaan yang dibuat dijawab dan dipertikaikan, Si Rafizi tu mula membuat tuduhan terbaru dengan mendakwa kononnya usaha bertemu Trump kerana nak menjernihkan kes DOJ.
"Kesian DS Najib plan dah cantik. Bulan lepas heboh Sukan SEA bagi semua orang happy. YB Khairy posing sana selfie sini. Satu plan dah menjadi, masuk plan no 2: selfie ngan Presiden Trump lak.
"Nak tunjuk kepada rakyat semua bising-bising pasal kes DOJ nak rampas harta yang beli pakai duit 1MDB, ni bising je. Kalau semua OK, balik boleh bubar!
"Tapi dia gelabah bila kena interview dengan Donald Trump kot, macam interview The Apprentice. Terus dia bagi idea bernas guna duit KWSP nak bantu ekonomi Malaysia. Terus kena fire dengan rakyat ha3.
"Tapi jangan pakai fire je. DS Najib ada rekod suara menjelaskan idea bantu #MakeAmericaGreatAgain ni. Saya ingat rekod dalam kapal terbang kot!
"Kalau setuju kita fire DS Najib dari jawatan dia sebab gagal kena interview dengan Donald Trump, mohon share 😂*"
Sekali lagi Si Rafizi ni hanya sekadar melepaskan fitnah kerana nak ‘Cover Line' penyakit meroyannya selepas kantoi menipu sebelum ini sehingga menjadikan dia sebagai "Musuh Nombor Satu" kepada partiya sendiri.
Siapa lagi yang nak percaya dakwaan yang dibuat oleh Si Rafizi ni sedangkan dikalangan pemimpin PKR pun ada yang mempertikaikan sumber maklumat yang diperolehi selama hari ini dan menganggap dia sebagai 'Barah' kepada parti!!!