Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI) bagi menyiasat kerugian urusniaga forex Bank Negara Malaysia (BNM) petang tadi menuntut bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan jumlah kerugian sebenar yang dialami bank pusat itu pada 1993.
Pengerusi RCI, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata pihaknya merujuk laporan kewangan 1994 yang menyatakan kerugian BNM pada 1993 adalah RM15.291 bilion.
Namun Anwar berkeras bahawa kerugian BNM pada tahun itu hanyalah RM5.7 bilion seperti yang dibentang di Kabinet.