Saifuddin Nasution berkata jelas PAS lebih selesa berdampingan dengan Umno.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution hari ini mempersoalkan sampai bila PKR akan membuka pintu rundingan dengan PAS, selepas timbul percakaran dalaman parti itu mengenai keputusan untuk terus berbincang dengan parti Islam itu yang bukan sebahagian daripada gabungan Pakatan Harapan (PH).
Saifuddin berkata PKR sudah 2 tahun berusaha untuk mendapatkan kerjasama PAS menentang Barisan Nasional (BN) tetapi masih gagal.
“Pendirian saya ialah setiap usaha dan ikhtiar harus ada garis masanya supaya ada kepastian dan ini memudahkan semua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini untuk menafikan spekulasi beliau sudah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai setiausaha agung.
PKR semalam menafikan Saifuddin, dilihat antara pemimpin parti yang tidak bersetuju kerjasama dengan PAS, meletak jawatan.
Saifuddin berkata walaupun pelbagai usaha dibuat, adalah jelas PAS lebih berkenan kepada Umno, dan ini memaksa parti lain dalam PH membuat keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan PAS.
“Rakyat dapat melihat dengan jelas usaha ini dan rakyat dapat melihat saban hari PAS menunjuk sikap dingin dengan PKR dan Pakatan Harapan sebaliknya semakin lunak dengan Umno/BN,” kata Saifuddin.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Yong, Buatlah Koghējēr Yang Berpaedah Sikit, Gētik Tēman Mēnengoknyēr
Masa bos teman antor gambor nie, bersembor ayor Nescafe dari mulut teman...
Mana idaknyer yeob, biler maser pulak bos teman nie suka amb… Read More...
UMNO Lawan Komunis?
Berucap di mesyuarat agung tahunan Umno Gombak tiga hari yang lepas, Najib menyeru agar ahli partinya tidak membiarkannya "berseorangan da… Read More...
'Saya mahu PDRM dihormati bukan ditakuti'
Perjalanan kerjaya Datuk Seri Abdul Hamid Bador ke puncak pasukan Sang Saka Biru penuh berliku. Kelantangan dan keberanian beliau dalam me… Read More...
Benarkah Islam Larang Isytihar Harta?
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata dalam Islam, jika Allah memberi harta kepada mana-mana individu, mereka tidak … Read More...
Kenapa Wai Bi DAP Semakin Langsi...😡😡😡
Belum pernah terjadi dalam sejarah Malaysia, mana-mana Ahli Parlimen mempersoalkan hak dan keistimewaan Raja Raja Melayu dalam Dewan Raky… Read More...