Hal ini boleh diakses sendiri melalui cadangan bagi Bajet 2018, terdapat terlalu banyak syor yang dikemukakan termasuk tuntutan kenaikan gaji, elaun dan bonus bagi kakitangan kerajaan.
Ketidaktentuan ekonomi negara yang tidak menentu menyaksikan kakitangan kerajaan hanya memperoleh bonus secara purata RM500 sejak 2013.
Kerajaan BN pimpinan Najib Razak seharusnya melihat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya jurang pendapatan yang ketara selain peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Rakyat turut dibebani dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan pemansuhan subsidi kerajaan yang sekaligus menghimpit rakyat berpendapatan sederhana dan membebankan kehidupan golongan miskin tegar.
Kenaikan kos sara hidup pada masa kini telah memberi kesan ketara memandangkan ada di antara pekerja sepenuh masa terpaksa menambah pendapatan dengan melakukan kerja-kerja separuh masa.
Kerajaan Umno BN harus mengawal harga barangan dan bukannya membiarkan barangan dinaikkan sesuka hati kerana ia hanya menekan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.