TAHFIZ: TINDAKAN BERANI PM NAJIB SESUAI DENGAN HASRAT UMAT ISLAM.

Komen
Saya betul betul tak faham kenapa perlu hafal Quran. Kalau dulu tu memanglah perlu sebab tak ada kertas, tak ada mesen pencetak. Nak siapkan senaskah Quran pun cukup susah. Sekarang ni, punyalah senang. Kat mana manapun bolih rujuk seluruh isi Quran. Dalam computer, dalam handphone. Apa perlunya nak hafal Quran?? Ni sekolah Tahfiz lagi. Pada saya semua ni kerja sia-sia saje.
ReplyDelete
FANATIK AGAMA JANGAN POLITIKAN
Dengan ikhlas saya mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang berani bertegas dengan sokongan anggota kabinetnya untuk menutup serta merta sekolah-sekolah tahfiz yang mengabaikan peraturan keselamatan.

Ini menjadi berita utama semua akhbar Perdana hari ini kecuali Utusan Malaysia yang tidak memahami hasrat rakyat yang sedang menunggu  jaminan tegas dan langkah berani dari kerajaan dalam perkara ini.

Pada saya peraturan keselamatan ini juga harus memenuhi kriteria pendidikan yang sempurna yang berarti ustaz dan ustazah mestilah memahami  dan menghormati cara pendidikan sekolah yang sezaman  dan tidak hanya bersandarkan ajaran agama yang difahami secara kolot dan kuno.

Ini akan mengakibatkan anak-anak Melayu akan terus berada dalam kemiskinan dan kemunduran kerana tidak akan memahami persekitaran sekeliling yang memerlukan pemikiran dan sikap yang terbuka.

Pelalajar tahfiz tidak seharusnya berada seperti dalam kurungan dengan pendekatan Islam yang sempit yang  memenjarakan diri mereka dari memahami realiti  dan cabaran dunia yang sebenar.

Sekadarkan boleh menghafal Al Quran tidak akan membantu kehidupan mereka untuk membina maruah Islam sebaliknya mereka  ini akan menyambung generasi orang Islam yang meminta sedekah untuk membangunkan sekolah tahfiz didepan pintu bank atau pergi dari rumah ke rumah.

Fahaman salah ibu bapa bahawa  dengan anak -anak mereka menjadi hafiz akan dapat  menghapuskan dosa mereka hendaklah dibetulkan supaya tidak bertambah bilangan mereka yang mudah tertipu dengan orang yang menggunakan agama untuk mencari wang.

Saya amat gembira dengan kenyataan Datuk Seri Najib bagi memastikan tragedi menimpa pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampug Datuk Keramat di ibu negara minggu lalu tidak berulang.

kata-kata Perdana Menteri " Ini soal kebajikan dan keselamatan nyawa anak-anak yang perlu kita pertahan dan jaga sebaik-baiknya. Ini soal masa depan"

Kenyataan ini tidak seharusnya difahami dalam kontek politik dan tidak harus dipolitikan oleh orang-orang agama atau parti agama  tetapi harus diterima sebagai suatu  kesedaran kerajaan tentang   tanggungjawabnya  terhadap masa depan bangsa dan negara supaya Malaysia yang telah jauh maju kehadapan tidak terlihat sebagai negara yang mundur kerana tidak dapat mencegah pendidikan Islam secara tidak bertemadon.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :