PKR Sarawak membantah tindakan membawa penghulu atau ketua kampung ke ibu neagara untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan menggunakan pesawat tentera.
Mengulas beberapa gambar penerbangan itu yang disebarkan di media sosial, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian berkata beliau "terkejut" dengan jenis pengangkutan yang digunakan.

"Saya benar-benar kesian (pengundi) penghulu terpaksa diangkut sedemikian, pesawat tentera mengambil masa beberapa jam untuk tiba di Kuala Lumpur dan kerusinya tidak selesa.
"Jika benar bahawa pesawat tentera digunakan, ini adalah penyalahgunaan kuasa.
"Kamu tidak boleh menggunakan peralatan tentera untuk kepentingan politik... ini tindakan politik untuk mempengaruhi ketua-ketua kampung untuk mengundi BN, dan mereka sendiri dipergunakan untuk memastikan rakyat Sarawak memilih BN," katanya ketika dihubungi hari ini.
Usaha sedang dilakukan untuk mendapatkan ulasan perdana menteri dan pejabatnya.
Gambar beberapa orang awam menaiki pesawat yang kelihatan seperti Airbus A400M Atlas tersebar di media sosial sejak semalam.
Adalah difahamkan angkatan tentera mempunyai empat pesawat sedemikian.
Related Posts :
SELEPAS NAJIB DAN MAS ERMIEYATI DENGAN DRAMANYA, NAZRI PUN NAK MAIN WAYANGNYA JUGA KE?Ingatkan hanya Perdana Menteri, Najib Razak serta Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Mas Ermieyati Samsuddin saja yang cuba main w… Read More...
Speaker: Adakah Noh ‘beri arahan’ kepada SPRM?OLEH NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM: Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kertas siasatan pembahagian lot tana… Read More...
Sejarah Umno akan ditentukan di Batu Pahat, Johor
PADA Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), buat pertama kali PKR menawan Parlimen Batu Pahat. Calon PKR Mohd Idris Jusi memperoleh 38,667 undi a… Read More...
Shafie lawan Najib sebab duit Zahida dibeku dan salahkira politik
Seorang ahli politik yg mengenali Shafie Apdal bertanya kepadanya kenapa dia keluar UMNO dan lawan BN.
Dia jawab, " Salah calculation".
… Read More...
Sultan Selangor: JAKIM perlu patuh dasar MAIS SELANGOR December 13, 2017 4:00 pm 90 OLEH SHEEDA FATHIL KLANG, 13 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan pegawai Persekutuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berkhidmat di negeri itu, supaya patuh dengan dasar dan garis panduan ditetapkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Sultan Sharafuddin bertitah, pegawai JAKIM perlu memberi ketaatan dan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada baginda selaku Ketua Agama Islam, di Selangor sepanjang tempoh berkhidmat walaupun menerima gaji dan elaun daripada Kerajaan Persekutuan. Baginda turut bertitah semua perkara berkaitan hal ehwal Agama Islam negeri terletak sepenuhnya, di bawah kuasa pertimbangan baginda. “Beta ingin mengingatkan JAKIM yang bertindak sebagai badan agama di peringkat Persekutuan hanya berfungsi selaku agensi pusat yang berperanan menyelaras perkara berkaitan agama Islam antara negeri, di Malaysia. “Setiap satu dasar berkaitan agama Islam daripada JAKIM sebagai contohnya isu persijilan halal, zakat, pemakaian sesuatu fatwa, wakaf dan sebagainya yang ingin dilaksanakan di negeri ini perlu merujuk kepada MAIS terlebih dahulu. “MAIS sebagai badan penasihat agama Islam kepada Beta sebelum perkara ini diangkat untuk dilulus dan dilaksanakan,” titah baginda. Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota MAIS bagi sesi 2018-2020 dan Majlis Santapan Tengah Hari Bersama Imam Masjid-masjid Seluruh Negeri Selangor, di Istana Alam Shah, Klang, hari ini. Pada majlis sama, baginda turut berkenan menerima wakaf RM5 juta daripada Kerajaan Negeri bagi pembinaan Masjid Denai Alam, Shah Alam. Selain itu, Kerajaan Negeri dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) turut memberi tanah wakaf seluas 10 ekar bernilai RM74 juta khas bagi pembinaan Maahad Integrasi Tahfiz Sains Selangor.OLEH SHEEDA FATHIL
KLANG: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan pegawai Persekutuan Jab… Read More...