Apakah kerajaan tidak mempunyai jentera dari peringkat persekutuan hingga ke peringkat negeri untuk memantau sekolah-sekolah yang tidak selamat atau sensitiviti agama dan kepentingan politik lebih diutamakan.
Kebakaran kedua ialah Yayasan Sofa Astana Tahfiz di Seremban tetapi 37 orang pelajarnya dapat menyelamatkan diri walaupun 60 % dari sekolah itu musnah.Jika trajidi yang lebih besar berlaku maka pastinya Datuk Seri Najib terpaksa meletakan jawatan kerana beliau telah memberi arahan supaya sekolah-sekolah tahfiz yang tidak berciri keselamatan ditutup serta merta.
Berikutan dengan kejadian kedua itu, timbul anggapan bahwa arahan Perdana Menteri DatukSeri Najib telah tidak dihiraukan atau tidak digerakan kesepaduan jentera kerajaan yang mampu bertindak dengan sejawarnya atas kesedaran keperluan segera dan utama.
Tidak ada sense of urgency walaupun 21 orang telah terbunuh.
Adakah menteri-menteri besar disetiap negeri mengambil sikap tidak mahu mencampuri urusan di bawah pentadbiran majlis-majlis agama atau ini membuktikan bahawa jabatan-jabatan agama negeri merasa bebas untuk tidak perlu menghiraukan pandangan umum.
Apakah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Pentadbiran Agama Islam) juga tidak mengetahui langsung bidang kuasa yang membolehkannya bertindak dengan segera?
Yang lebih buruk ialah ia memberi implikasi kita tidak mempunyai sebuah kerajaan yang cekap seperti kehebatan dan kecekapan mengeluarkan jaminan setiap kali malapetaka berlaku.
Menurut akhbar The Star yang bersumberkan Jabatan Bomba dari tahun 2015 hingga 2017 telah berlaku 211 kebarakan sekolah tahfiz di seluruh negara tanpa keselamatan bahaya api dan didirikan tanpa mendapat kelulusan dari pihak berkuasa.