VIDEO: MUHYIDDIN KATA AININA KELUAR PARTI KERANA DIA TIADA DUIT, MISKIN ?


Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang mendakwa Anina Saadudin meninggalkan Parti Pribumi kerana masalah kewangan membuktikan parti itu bersifat eksklusif bagi individu yang mempunyai kemampuan saja.
Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) menyifatkan kenyataan Muhyiddim itu juga sebagai biadap.
Presiden PMSP, Ramesh Rao berkata, kenyataan Muhyiddin itu jelas membuktikan parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mengutamakan golongan elit dan orang kaya serta meminggirkan rakyat yang miskin.
“Penganggur, orang susah yang perlukan bantuan, jangan sertai parti bunga raya sebab parti itu mengutamakan yang kaya sahaja, jadi terbukti dalam kes Anina. Saya minta rakyat Malaysia fikirkan balik bila nak sokong parti Tun M.
“Ini terbukti dalam kes Anina yang dipinggirkan kerana dia miskin, tiada jawatan dan tiada harta untuk digadaikan. PPBM bukan parti orang miskin tapi parti untuk orang-orang kaya, orang miskin tak payahlah,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di Petaling Jaya, pada Selasa.
Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin semalam yang memberi alasan Anina menyatakan hasrat untuk berhenti dan mungkin keluar daripada parti disebabkan kerana tiada duit dan tiada kerja.
Sementara itu, Pegawai Tugas-Tugas Khas PMSP, Shafik Abdullah pula mempersoalkan kenyataan Muhyiddin itu kerana ia menghina masyarakat miskin di negara ini yang menyokong parti serpihan UMNO itu.
“Adakah Tan Sri Muhyiddin ini memandang rendah dengan rakyat sebegitu (miskin). Untuk saya itu (tindakan) biadap.
“Sebagai seorang pemimpin dan bekas pemimpin UMNO, jangan biadap, Allah Maha Kuasa, tak baik kata macam itu,” tegasnya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :