WAN AZIZAH "TAK SEDAR DIRI" DAKWA HADI AWANG "PELUPA"!!!

Begitulah keadaan Politik dikalangan puak Pakatan Haprak ni sebenarnya. Bila diorang perlu, maka semua pujuk rayu keluar. Malah puji - pujian yang dilemparkan sampai melangit tingginya.

Tapi bila dah tak diperlukan, maka mula la masing - masing mengutuk dan memburukkan sesama sendiri hanya semata - mata kerana mereka tidak lagi sehaluan diantara satu dengan yang lain.

Tambah tidak menghairankan ialah apabila perkara itu dilakukan oleh Presiden PKR yang juga merupakan isteri kepada Si Ketua Penipu tu. Hidup dia memang diselubungi HIPOKRASI.

Sedangkan sebelum ini, diawal kewujudan PKR, parti tu bukan main lagi mengutuk dan menghina Tun Mahathir yang dilabelkan sebagai Diktator "Maha Zalim". Tapi sekarang, semuanya berubah.

Maka tidak hairan la bila Si Wan Azizah tu tampil secara terbuka melabelkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebagai seorang Pelupa dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru - baru ini.

Antara lain, Si Wan Azizah tu mengingatkan bahawa PAS yang enggan mewujudkan kembali kerjasama Politik dengan parti itu mereka masih bergabung dengan DAPigs, PPBM dan PAN.

Wan Azizah dengan sinis  membuat dakwaan bahawa pilihan yang dibuat parti itu membuktikan bahawa mereka tidak lagi berpegang kepada objektif menjatuhkan Barisan Nasional (BN).
"PAS yang kata tidak akan kerjasama dengan kita. Jadi kita atas dasar pakatan, memang tidak ada kerjasama lagi dengan PAS," kata Wan Azizah ketika ditemui media selepas merasmikan bilik gerakan utama pilihan raya PKR Terengganu di Chabang Tiga di sini, hari ini.
Malam tadi selepas majlis makan malam dan dialog bersama NGO sempena Fastaqim 2.0, Hadi berkata, PKR dan DAPigs yang 'menyingkirkan diri sendiri' dalam kerjasama yang pernah terjalin PAS sebelum ini.

Malah Hadi Awang tetap menegaskan bahawa partinya tidak ada masalah untuk bersendirian tanpa menjalinkan sebarang kerjasama Politik sama ada dengan PKR mahupun DAPigs.

Kenyataan itu yang membuatkan Wan Azizah meroyan tak tentu arah sambil menyifatkan Hadi Awang sebagai seorang pemimpin yang PELUPA terhadap implikasi yang diterima oleh PAS selama ini.

Wan Azizah mendakwa, Hadi Awang mungkin tidak sedar kemenangan PAS di banyak kerusi Parlimen dan DUN pada PRU yang lalu adalah kerana bergabung bersama parti pembangkang lain.

Tapi IRONIKnya, Si Wan Azizah tu sendiri terlupa bahawa kewujudan PKR suatu ketika dahulu pun banyak bergantung kepada PAS. Kalau PAS tak memberikan sokongan dan laluan kepada PKR, mana mungkin parti Si Wan Azizah tu boleh wujud sehingga ke hari ini!!!

Subscribe to receive free email updates: