AMANAH menjunjung rakyat


AMANAH tidak lahir atas kehendak sendiri tetapi kelahirannya atas perundingan rakyat dan masyarakat madani.
AMANAH tidak mahu bermula dengan langkah awal yang tempang walaupun para peragu sentiasa pesimis.
AMANAH menjunjung rakyatSaya tidak bermaksud para peragu terdiri daripada golongan pencacai kerana pencacai tidak termasuk dalam kategori peragu, pencacai adalah pencacai.
Sememangnya dua tahun adalah ukuran yang tidak adil untuk bercakap tentang kejayaan tetapi sebagai sebuah parti politik kejayaan ditakrif secara relatif.
Pertama kejayaan awal dinilai dari sudut teras yang diyakini oleh sesebuah perjuangan, contohnya AMANAH punya prinsip membela semua kaum, bangsa dan agama kerana sifat kerahmatan yang diyakininya.
Ini adalah kejayaan awal dalam suasana kebangkitan perkauman sempit dan pelampau agama.
Sesebuah parti di Malaysia tidak mungkin menang secara solo. Kerjasama poltik menjadi kewajiban jika parti itu mahu secara serius memimpin negara. Parti yang mendabik dada dirinya mampu menang secara solo hampir boleh di kategorikan sebagai parti picisan.
Dalam konteks ini AMANAH telah berjaya menghidupkan semula Pakatan Rakyat dengan jenama baru, ‘Pakatan Harapan’. Kerana itu dari awal lagi AMANAH punya visi jelas memimpin negara secara praktikal.
Kejayaan seterusnya ialah AMANAH bukan sekadar pentaqlid buta politik, tetapi ia lahir dengan roh islah dan tajdid. Parti ini terpaksa mencabar status quo yang berligar dalam kerangka politik Islam sendiri.
AMANAH mendefinisikan semula hubungan Islam dan Demokrasi lalu tanpa ragu menerima dan membawa idea politik Muslim Demokrat. Implikasinya ialah segala penghujahan politik AMANAH berpijak pada orbit perlembagaan negara, proses demokrasi dan mendahulukan keutamaan negara.
Konsep ini bukanlah ciptaan baru tetapi ia sebahagian daripada tradisi ijtihad dalam medan siasah yang boleh berubah-ubah.
Kejayaan AMANAH juga diukur daripada kejayaannya menginstitusikan Fiqh ad-Daulah lewat konsep kewarganegaraan dan perundangan negara. AMANAH tidak terikat dengan Fiqh Daulah secara tradisional dan melaksanakannya mengikut sejarah secara totok tetapi mengambil nilai-nilai teras seperti keadilan, kesaksamaan dan kebebasan insan mengikut konteks terkini.
Demikianlah kejayaan awal AMANAH yang telah menarik minat ramai pihak. Dengan kejayaan awal inilah juga AMANAH bercita-cita memimpin negara Malaysia bersama rakan- rakannya yang berkongsi harapan yang sama.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :