AZMIN HANYA SEKADAR "SYOK SENDIRI"!!!

Kenyataan Menteri Besar Selangor yang mendakwa bahawa beberapa inti pati Bajet 2018 yang dibentang Perdana Menteri diambil daripada bajet Selangor, disanggah Ketua Wanita  Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Sambil menyifatkan kenyataan itu umpama ‘mimpi di siang hari’, Shahrizat berkata kandungan Bajet 2018 semalam terdiri daripada idea-idea bernas tulen yang mampu diimplimentasikan secara menyeluruh bagi semua lapisan masyarakat di negara ini.
“Mana nak tiru Selangor, (sebaliknya) Selangor yang selalu tiru kerajaan persekutuan. Itu kenyataan syok sendiri sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Pasarnita Kuala Lumpur Wedding Fest di Hotel Premiera di Kuala Lumpur, hari ini.
Mohamed Azmin dilaporkan berkata program ADAM50 yang baru diumumkan Bajet 2018 mirip TAWAS yang telah diwujudkan oleh Rejim Pakatan Selangor sejak 30 Ogos 2008 yang lalu.

Perdana Menteri mengumumkan bahawa setiap anak Malaysia lahir bermula 1 Jan 2018 hingga 2022, dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham PNB.

Shahrizat juga meminta golongan wanita supaya bijak untuk mengambil peluang yang diberi kerajaan dalam semua sektor melalui Bajet 2018.

“Wanita jangan sekatkan peluang kita hanya kepada pakej-pakej yang diberi kepada wanita. Kita mesti meraih daripada semua pakej pembentangan bajet,” katanya yang berterima kasih kepada Perdana Menteri atas pengumuman insentif menyeluruh kepada golongan wanita dalam Bajet 2018.

Dari satu sudut, memang betul pun Si Azmin Ali tu hanya sekadar mimpi disiang hari dan dilabelkan sebagai Syok. Sebab Si Azmin Ali tu perlu sedar bahawa kewujudan TAWAS tu datangnya dari hasil idea Tan Sri Khalid Ibrahim. Bukannya dari kepala otak dia!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :