Hahaha!!! Memang kelakar betul gelagat Si Menteri Besar Selangor ni apabila dia mula hilang akal bila disindir secara terang - terangan. Mula la dia meroyan tak tentu arah dibuatnya.
Jika sebelum ini, apabila puak Pakatan Haprak tu membuat dakwaan kononnya Kerajaan Malaysia 'Menjual Negara' kepada China bagi menarik pelaburan asing, Si Azmin Ali tu diam je.
Tapi bila dia pulak disindir secara terbuka kerana mewujudkan kerjasama dengan Negara China bagi menambah pelaburan di Selangor, pandai pulak Si Azmin Ali tu nak menegakkan benang yang basah.
Kononnya, kata Si Azmin, tindakan dia menarik pelaburan dari Negara China itu tidak sama seperti apa yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib.
Bahkan Si Azmin Ali tu juga mendakwa kononnya pentadbiran Rejim Pakatan Selangor pimpinannya tidak menyerah diri kepada Amerika Syarikat seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri.
"Tidak seperti Najib, beliau ke Rumah Putih,'menyerahkan' dirinya dan mendakwa dirinya membawa duit rakyat untuk melabur di AS. Untuk apa? Sedangkan kita perlu bawa masuk pelaburan ke Malaysia seperti yang kita buat di Selangor.
"Sekarang negara-negara Eropah datang ke Selangor, contohnya IKEA dari Sweden dan General Electrics dari AS. Saya tak perlu ke Rumah Putih untuk dapatkan sokongan untuk pilihan raya," katanya kepada pemberita.
Kot dari sudut mana sekali pun, kenyataan Si Azmin tu hanya memberikan gambaran bahawa dia sedang berada dalam keadaan kesipuan dan terpaksa menutup kemaluan dirinya sendiri.
Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila Si Azmin Ali tu seolah - olah lupa dengan tuduhan dan dakwaan yang disebarkan oleh puak Pakatan Haprak tu terhadap pihak Kerajaan.
Bahkan sehingga ke hari ini, jentera propaganda puak Pakatan Haprak tu masih lagi cuba mewujudkan spekulasi kononnya Kerajaan Persekutuan menjual kedaulatan Negara kepada China.
Namun, kalau diikutkan logik puak Pakatan Haprak tu, pelaburan dari Negara Eropah seperti mana yang disebut oleh Si Azmin itu juga merupakan satu penjajahan ke atas Negeri Selangor.
Tapi dek kerana Si Azmin Ali tu dah hilang kemaluan secara terbuka, maka sebab itu dia cuba juga nak menegakkan benang yang basah dengan mencipta spekulasi yang tak masuk akal akibat ketandusan idea nak dijadikan sebagai bahan modal Politik Murahannya!!!