Huh! Bukanlah satu perkara yang menghairankan apabila Si Budak Hingusan ini mudah hilang akal memperlekehkan pembentangan Bajet 2018 yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri semalam.
Bak kata sahabat blogger CTS, inilah akibatnya apabila terlalu ghairah nak menyerang DS Najib Tun Razak sewaktu pembentangan bajet, maka fakta entah ke mana dan auta lebih utama.
Menurut Si Budak Hingusan tu, jumlah yang dinyatakan oleh Perdana Menteri itu terlalu kecil sedangkan apa yang dibentangkan oleh Rejim Pakatan Selangor jauh lebih besar jumlahnya.
Sebenarnya RM4.5 juta itu adalah hanya peruntukan biasiswa pelajar cemerlang TVET sahaja dan bukannya peruntukan keseluruhan untuk TVET. RM4.9 billion diperuntukkan untuk Pelan Induk TVET Malaysia.
Tapi, seperti mana yang kita katakan tadi. Perkara seumpama itu memang tidak menghairankan. Si Budak Hingusan tu memang suka memesongkan fakta dan menjadi auta.
Perkara seperti itu sudah menjadi amalan dirinya sendiri sejak digelarkan sebagai Ketua Armada Syok Sendiri. Ianya dapat dilihat dengan jelas apabila dia buat dakwaan rasuah sebelum ini. Sampai hari ini, satu laporan kepada pihak SPRM pun dia tak buat!!!