Pakatan Harapan (HARAPAN) perlu memberi perhatian terhadap strategi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam membentuk naratif yang jelas untuk disampaikan kepada rakyat, kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
"Kesemua kandungan ucapan PM. Ada dia kisah tentang skandal? Ada dia kisah tentang siasatan (1MDB). Dia fokus dalam certain narrative dia, dia cuba nak memenangi hati rakyat.
"Cabaran kita ialah untuk memberi penjelasan sejelas mungkin (kepada rakyat). Kita telah dianiaya, negara telah dijadikan mangsa, kita perlukan perubahan.
"Jadi kalau kita jelaskan ini, saya fikir lebih mudah untuk mengutamakan naratif ini untuk memenangi hati rakyat," kata Nurul Izzah dalam forum bertajuk '‘Three-cornered fights: A win for Pakatan Harapan’ (Pertandingan tiga penjuru: kemenangan untuk Pakatan Harapan) di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau menambah bahawa rakyat tidak peduli dengan masalah ahli politik kerana mereka mempunyai masalah sendiri untuk dibimbangi. Sejak tahun 2015, Najib terlibat dalam skandal kewangan seperti isu 1MDB dan kemasukan RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya.
Najib bagaimanapun konsisten menegaskan tidak melakukan sebarang salah laku.
Sementara itu, pengarah strategi pilihan raya DAP Ong Kian Ming percaya pertandingan tiga penjuru tidak akan menjejaskan HARAPAN.
Beliau percaya bahawa untuk memenangi pertandingan pelbagai penjuru dalam pilihan raya, HARAPAN hanya perlu melakukan dua perkara.
Pertama memberikan rakyat dua pilihan yang sangat jelas, kata Ong sambil memetik prinsip sains politik bahawa pengundi cenderung bersandar kepada dua parti atau gabungan terbesar.
"Kita perlu biarkan pengundi tahu bahawa jika kamu mahu kekalkan status quo, kamu undi BN.
"Jika kamu mahu ubah status quo, hanya ada satu pilihan untuk kamu pilih, iaitu HARAPAN," katanya.
Read More / Baca Lagi >>