Pembohongan pertama Dato Mohd Nassuruddin Haji Daud, Exco Agama dan Pembangunan Islam Kelantan ialah pada 1/9/2016 bila mendakwa tanah tersebut asalnya tanah kerajaan yang telah diberikan kepada Pas Salor....bukan tanah pok mong dan bukan tanah tok mong, tanah kerajaan....
Pembohongan pertama ini akhirnya terserlah bila pemilik sebenar tanah tersebut, arwah Dato Rosli Ibrahim telah menjelaskan dalam ceramahnya di Wisma Tok Guru bahawa tanah tersebut beliau telah beli dari tuan asalnya bernama Munah bt Musa dan didaftarkan atas nama isterinya Harifah bt Dolah.
Pada 14/10/2017 Dato Nassarudin sekali lagi berbohong bila dalam ceramahnya di Pondok Pasir Tumboh mendakwa tanah tersebut telah diserahkan semula oleh isteri arwah kepada Pas, sedangkan yang sebenarnya tanah tersebut telah dibeli oleh Mohd Yasin bin Yusoff dengan harga RM700,000.
Dalam terma terma jual beli hartanah itu, balu arwah Dato Rosli Ibrahim, Datin Harifah bt Dolah antara lain menjelaskan dalam satu perbualan telepon dengan warisnya:
"ambo hanya jual tanah tersebut dengan bangunan lama tu sahaja (bangunan Pasti), adapun bangunan baru (Wisma Tok Guru) bukan hak ambo dan ambo tidak jual bangunan tu kepada Pas, ambo jual tanah jah.....".
Apa tujuan seorang exco agama bersungguh sungguh mempertahankan isu tanah yang didakwa sebagai milik Pas Dun Salor sehingga sanggup berbohong berkali kali dan sanggup membayar tanah yang hanya seluas 277 depa @ 0.277 ekar dengan harga yang terlalu tinggi?
Sepanjang lebih 30 tahun ambo bersama Pas, ambo tak pernah jumpa seorang pemimpin Pas Pusat yang begitu prihatin dengan isu pejabat Pas peringkat Dun....apa nawaitunya yang sebenar?