PRESTASI PAS selama 27 tahun mentadbir Kelantan adalah antara aspek yang akan diambil kira dalam penyediaan manifesto Barisan Nasional (BN) Kelantan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kelak.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed berkata penelitian itu melibatkan perkara yang belum dilaksanakan PAS sejak 1990 dan bukan sekadar merujuk rekod PAS pada PRU13.

"Asas kita ialah janji PAS yang tidak dicapai terutamanya melibatkan penyediaan kemudahan asas, peluang pekerjaan, masalah berkaitan anak muda, pertanian (projek ladang rakyat), bekalan air dan perumahan. Selain itu, kita juga akan mengambil kira janji-janji kita dalam manifesto BN pada PRU13.
"Ini perkara besar dan sudah pasti rakyat Kelantan ingin melihat apakah kemampuan kita, apakah yang kita boleh buat berbanding PAS," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan Umno Kelantan hari ini.
Turut hadir timbalannya Ahmad Jazlan Yaakub, Setiausaha Umno negeri Hanafi Mamat, Bendahari Umno negeri Mohamad Fatmi Che Salleh dan Ketua Penerangan Umno negeri Md Alwi Che Ahmad.
Beliau berkata Umno Kelantan menubuhkan jawatankuasa manifesto yang diketuai Ketua Umno Bahagian Bachok Awang Adek Hussin dan sedang melengkapkan draf yang akan dikemukakan kepada Presiden Umno Najib Razak dalam tempoh dua minggu lagi.
"Kita akan lakukan penambahbaikan manifesto untuk diselaraskan di peringkat nasional berpandukan garis panduan yang diedarkan agar menghasilkan manifesto yang realistik dan mampu dicapai," katanya.
Sementara itu, Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata antara 30 hingga 40 peratus muka baharu bakal diketengahkan sebagai calon BN di Kelantan pada PRU14.
Beliau berkata proses pemilihan calon tersebut memasuki saringan kedua hari ini sebelum tapisan terakhir yang akan dilakukan dalam tempoh sebulan lagi.
"Kita mengambil pendekatan mengemukakan antara tiga hingga empat nama bagi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), jadi sudah tentu muka baharu itu ramai…kita akan pilih yang terbaik sebelum (senarai) diserahkan kepada presiden Umno,” katanya.
Related Posts :
PEMERKASAAN INSTITUSI
Ramai hari ini yang bercakap soal nak memperkasakan institusi itu dan ini. Tapi dari sudut perlaksanaan, hanya sekadar bercakap dibibir sah… Read More...
Isu Tabung Haji, Mujahid Dan Lembaga Pengarah TH Di Telanjangkan Di Parlimen, Apa Yang Muhyiddin Tunggu Lagi?
Isu kerugian dan penjualan aset Tabung Haji (TH) dan aset anak syarikat TH, TH Plantation, menjadi isu yang semakin panas di kalangan Ahl… Read More...
Terowong Ghaib Pulau Pinang Di Kenakan PKPD Kerana Wujud Kluster SPRM
Akhirnya kekebalan Ahli Parlimen Bagan merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bakal di robek.
Kalau dahulu ketika era Pakatan Harap… Read More...
Gerakan Memburukkan Institusi Raja Raja Melayu Adalah Agenda Jangka Panjang Untuk Membangkitkan Penentangan Rakyat
tercatit dalam sejarah dunia, sepanjang abad 20 dan 21, hampir 80 sistem monarki yang ada dalam dunia ini runtuh (BACA DI SINI).
Antara… Read More...
Wanita Yang Menconteng Mural SPB YDP Agong Sudah Di Kenal Pasti
Cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar, jadinya, istilah yang paling tepat untuk admin gambarkan perbuatan biadap 2 wanita yang … Read More...