Mustapa Mohamed yakin projek sekiranya mendapat persetujuan daripada semua negara Asean dapat dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun.
KUALA LUMPUR: Penyusunan semula Proton Holdings Berhad akan menyaksikan pemulihan semula projek Kereta Asean, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata bagi memastikan projek Kereta Asean itu menjadi kenyataan, Proton perlu mendapatkan persetujuan daripada semua negara Asean.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang menyelia industri automotif di negara ini merancang memulakan perbincangan dengan anggota ASEAN bagi menjadikan projek itu dapat dilaksanakan.
“Ia satu konsep yang baik tetapi butiran terperinci perlu diusahakan. Ia memerlukan banyak kerjasama dan mesyuarat,” katanya kepada pemberita di luar acara Forum Khazanah Megatrends 2017 (KMF 2017) di sini, hari ini.
Beliau berkata antara isu yang perlu diselesaikan dengan anggota Asean lain termasuklah asal kandungan tempatan, vendor dan komponen.
Mustapa, bagaimanapun, yakin projek itu akan dapat dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun.
“Lima tahun nampaknya munasabah untuk memulakan projek itu,” katanya.
Pada Februari 2015, Proton memeterai memorandum persefahaman dengan PT Adiputra Citra Lestari dari Indonesia untuk meluaskan lagi peluang perniagaan antara kedua-dua syarikat dalam membangun dan mengeluarkan Kereta Asean.
Projek itu, bagaimanapun, terbantut apabila Proton menjalani penyusunan semula dan Mustapa berkata: “Proton belum bersedia pada masa itu.”
Semalam (Ahad), semasa majlis karnival usahawan dan kerjaya, Mustapa berkata Ketua Pegawai Eksekutif Proton yang baru dilantik Li Chunrong akan membantu menggerakkan pengeluar kereta nasional itu melangkah ke pasaran global.
Related Posts :
Pemimpin Pakatan Harapan Punca Masalah Ekonomi Negara – Presiden PAS March 16, 2018 AIDCNewsLeave a comment MARANG – Pas mendakwa pemimpin Pakatan Harapan yang pernah memerintah negara sejak tahun 80-an sebenarnya menjadi punca kepada masalah ekonomi negara hari ini. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melihat kesukaran berkaitan ekonomi ditanggung kerajaan dan rakyat berpunca daripada salah tadbir urus pemimpin terbabit semasa mereka berada dalam kerajaan. “Masalah ekonomi dihadapi negara sama ada kerajaan atau rakyat adalah peninggalan daripada pemimpin-pemimpin yang duduk dalam Pakatan Harapan hari ini, yang memerintah negara sejak tahun 80-an. “Merekalah mewujudkan masalah bahkan kepada saya Umno yang memikul masalah, masalah dibuat oleh mereka ini dahulu,” kata Ahli Parlimen Marang itu di facebooknya malam tadi. Mengulas lanjut Abdul Hadi berkata, dengan sebab itu, Pas memperkenalkan konsep taawun iaitu bertolong menolong dalam perkara baik dan tidak tolong menolong dalam perkara kemungkaran. “Pas mengemukakan penyelesaian kepada kerajaan bukan kerana kita tamakkan kuasa, bahkan kita terbuka sekiranya kerajaan menerima pandangan-pandangan kita. Kalau kita jadi kerajaan, kita boleh praktikkan. “Kalau kita tidak jadi kerajaan, kita menjadi penasihat kepada kerajaan supaya kerajaan membuat pembetulan dari kesilapan-kesilapan dilakukan pemimpin-pemimpin yang ada dalam Pakatan Harapan pada hari ini,” katanya – SH
AIDCNews
MARANG – Pas mendakwa pemimpin Pakatan Harapan yang pernah memerintah negara sejak tahun 80-an sebenarnya menjadi … Read More...
ANAK KE-2 LAHIR MEI DEPAN - IESYA TOH RINDU ARWAH ABAH
Menerusi laman Instagram, pengacara RTM Iesya Toh mendedahkan yang dia kini sedang hamil kira-kira tujuh bulan dan bakal menimang cahaya ma… Read More...
Tolak dacing tolak bulan, Pas mahu menangkan Najib
Dua kali Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pengundi supaya tidak lagi memilih Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dalam ceramahnya… Read More...
Hapus GST: Untuk Rakyat Atau Lindungi Ekonomi Gelap ?
AIDCNews
KUALA LUMPUR – Manifesto Pakatan Harapan diketuai DAP yang mahu menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) t… Read More...
Perniagaan merosot akibat GST tapi perbaharui lesen kena bayar RM1,200 di Beaufort… Read More...