Hahaha!!! Nampak gayanya, Exco Rejim Pakatan Selangor pimpinan Si Azmin Ali tu terpaksa menanggung kemaluan yang cukup besar akibat dimalukan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Ianya ekoran penafian pihak berkuasa tempatan (PBT) itu yang menyatakan bahawa mreka tidak mengeluarkan permit kepada mana - mana pihak untuk menganjurkan pesta arak seperti yang didakwa.
Sebelum ini, Exco Rejim Selangor, Teng Chang Khim mendakwa, penganjur pesta arak di Selangor itu tetap akan meneruskan acara tersebut kerana sudah mendapatkan permit sementara.
Malah, kata pemimpin DAPigs itu, pihak penganjur bagi pesta tersebut telah mendapatkan permit bagi mengadakan acara itu dengan bayaran sebanyak RM 400 kepada pihak MPK.
Namun, dakwaan yang dibuat oleh Exco Rejim Selangor itu telah dinafikan oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Klang dalam satu kenyataan media yang turut disiarkan hari ini.
Katanya, tiada sebarang permit dikeluarkan oleh pihak MPK kepada pihak penganjur Centro Properties Group Sdn. Bhd. bagi membenarkan mereka untuk mengadakan pesta tersebut.
Katanya, antara syarat pengeluaran permit penganjuran pesta Centro Mall German Food & Beverages Festival pada 12 dan 13 Oktober ini, adalah pihak penganjur diwajibkan mendapat penilaian serta kelulusan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu.
“Bagaimanapun, pihak penganjur tidak mendapat kelulusan daripada pihak PDRM. Oleh itu kita (MPK) tidak boleh mengeluarkan apa-apa permit kerana penganjur tidak memenuhi syarat yang ditetapkan,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menegaskan tidak membenarkan penganjuran Centro Mall German Food & Beverages Festival ekoran wujudnya ancaman militan berkaitan dengan acara tersebut.
Yang herannya, kenapa sibuk sangat DAPigs nak buat "Pesta Arak" ni? Tak cukup ke mereka sekadar minum arak dipremis yang sedia ada? Kot kalau diorang nak bantu rakyat secara berjemaah, tahan jugak. Ini setakat nak mabuk tak tentu arah, baik tak payah!!!