NEGARA SEMAKIN RUNCING DENGAN TERCEMARNYA INSTITUSI KUASA NEGARA



Negara sedang berhadapan dengan keruncingan masalah kehilangan keyakinan rakyat terhadap integriti kepimpinan negara dalam kerajaan dan pembangkang dan juga dalam institusi-institusi penguatkuasa  yang diharapkan untuk melakukan pembersihan.

Berita terkini bekas menteri  Shafie Afdal ditahan oleh SPRM tetapi  Pejabat Peguam Negara pula menubuhkan pasukan petugas khas untuk membantu siasatan rapi ke atas  Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad kerana dikatakan terlibat dengan skandal.

Keraguan samaada benar atau tidak Tan Sri Dzulkifli terpalit dengan dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan  seorang wanita menampakkan seperti ada kebenaran bila siasatan berlaku ke atas kesnya. Maka integritinya menjadi persoalan untuk meneruskan tanggungjawab.

Sama seperti siasatan kes Forex ke atas Tun Mahthir yang menimbulkan berbagai prasangka tetapi dalam kes Tan Sri Dzulkifli lebih berat implikasinya kerana  beliau sedang menjadi tumpuan perhatian masyarakat  kerana keberaniannya bertegas  membongkar,mendedah dan bertindak  terhadap  beberapa kes rasuah yang selama ini tertutup.

Secara sepontan pandangan umum  tindakan terhadap Dzulkifli merupakan tindakan balas yang mengingatkan kepada pepatah  Inggeris  " Mereka yang  tinggal  di rumah kaca janganlah membaling batu" (People who live in glass houses shouldn't throw stone")

Bekas KPN Tan Sri Musa Hassan dalam tweetnya berdakwah " Tegakkanlah keadilan  dengan tegas-QS4 An-Nisaa:135"

Beliau tentulah sedar, ini sakadarkan pengucapan  retorik yang beliau lebih faham sebagai bekas  Ketua Polis Negara  betapa sukarnya untuk bertegas kerana pandang kiri pandang kanan, pandang atas pandang bawah, pandang siang,pandang malam semuanya terpalit.

Kita berhadapan dengan masalah kehilangan  keyakinan rakyat yang amat ketara terhadap nilai moral dan kemurnian  kepimpinan, kita  tidak mempunyai  kepimpinan yan berintegriti dari semua institusi dari atas kebawah, dari politik hingga kepada institusi  penguatkuasaan kerajaan.

Tun Mahathir meminta rakyat memberikan keyakinan kepada Pakatan Harapan tetapi kebersihan kepimpinan barisannya juga menjadi persoalan. Mahathir sendiri tidaklah sebersih  atau setaraf integriti  Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura yang nikat dan berani  menanam nilai negara bersih bermaruah  tanpa belas kasihan. Mahathir  lebih mementingkan kemanusiaan dan kawan.

Negara kita hebat dengan sejarah tindakan- tindakan pembongkaran skandal,rasuah,penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa  bukanlah kerana matlamat untuk integriti negara tetapi untuk integriti politik dan pengekalan kuasa.

Ini adalah warisan politik negara  dari sejak awal kepimpinan negara hingga sekarang yang sukar untuk ditamatkan sekalipun pimpinan  silih berganti, dari kes Datuk Haron Idris hingga kepada Anwar Ibrahim, Shafie Afdal dan terkena pada Mahathir sendiri.

Apakah masih ada cahaya dihujung terowong?

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :