ANTARAPOS
KUALA LUMPUR: Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Selangor hari ini melancarkan petisyen untuk membantah menganjurkan pesta arak di Malaysia.
Dalam satu kenyataan hari ini mereka berkata petisyen yang dinamakan 'Hapus Budaya Pesta Arak di Malaysia!' bertujuan mengumpulkan sokongan dari rakyat Malaysia untuk menolak festival penganjur arak di kawasan awam di negara ini.
Petisyen itu dikatakan mendapat kira-kira 12,500 tandatangan setakat ini.
Tegas mereka dalam kenyataan itu juga, budaya mengadakan pesta arak di tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah bukan amalan biasa di negara ini.
Sebagai contoh, ia berkata pesta arak seperti Oktoberfest tidak mempunyai signifikan kerana budaya yang berasal dari Jerman itu bertujuan memperingati perkahwinan diraja antara Putera Ludwig dan Puteri Therese pada 12 Oktober 1810.
"Oktoberfest bukanlah amalan mana-mana kaum di Malaysia dan tidak berkaitan dengan agama apa pun. Tidak ada sebab untuk meraikannya," katanya.
Bagaimanapun mereka menegaskan petisyen itu bukan untuk menentang hak bukan Islam mengambil minumab beralkohol.
"Apa yang kita tolak adalah budaya menganjurkan pesta arak di kawasan awam. Kami tidak menghalang orang bukan Islam daripada mengambil dan menjual alkohol.
"Kami tidak mahu budaya ini (menganjurkan pesta arak) untuk membuka laluan kepada aktiviti lain yang tidak dapat diterima seperti pesta gay dan perkahwinan sejenis," katanya lagi
Related Posts :
Antara MCA Dan DAP, Sebenarnya Parti Mana Komunis Totok!!!
Penyelidik dan penulis Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (ISTAC), Zaharah Sulaiman mendakwa hasil dari kajian, beliau dapati MCA ditubuhkan … Read More...
Ketua Pengarah Pendidikan Benarkan Lagu Negaraku Di Nyanyikan Dalam Bahasa Mandarin?
Bermacam-macam cara DAP dan penyokong DAP yang berbangsa Cina mencabar Perlembagaan Malaysia dan menguji kesabaran rakyat Malaysia...
J… Read More...
Antara PAU Dan Kuntau , Mana Satu Jadi Pilihan Rakyat Malaysia?
Dirancang atau tidak segala yang berlaku adalah atas izin Allah SWT...
Persidangan Agung UMNO 2019 dan Kongres Nasional 2019 berlangsung… Read More...
Selepas Ucapan Berapi-api, Azmin Sedia Bincang Dengan Anwar
Selepas menyampaikan ucapan berapi-api kepada penyokongnya malam ini, timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau bersedia be… Read More...
Takut Tersingkir, Akhirnya Anwar Ibrahim Terpaksa Tunduk Pada Azmin Ali
Presiden PKR, Anwar Ibrahim secara tiba-tiba bersetuju membenarkan timbalannya, Azmin, merasmikan Kongres Tahunan Pemuda PKR (AMK) 2019 y… Read More...