Alahai! Malang betul nasib Si Mahfuz Bean ni. Sudah la nama dia tidak lagi disenaraikan sebagai calon dalam PRU yang akan datang. Pengundi dikawasan Pokok Sena pun gembira dia tak jadi calon.
Sebaliknya, mereka pulak yang 'sujud syukur' kerana Si Mahfuz Bean ni tidak akan menjadi wakil mereka lagi. Mungkin ada yang buat kenduri menyambut berita gembira yang tersebar itu.
Ia selepas Mahfuz, yang mewakili kawasan itu sejak 1999 kecuali selama 4 tahun selepas ditewaskan calon BN pada 2004, dilihat semakin rapat dengan Pakatan yang tidak disertai PAS.
Menurut salah seorang dari mereka, Mohd Razali Murad berusia 57, menyatakan dia “OK” sekiranya PAS tidak mencalonkan Si Mahfuz Bean tu untuk bertanding pada PRU14 akan datang.
“Selama dia pegang (jawatan ahli Parlimen Pokok Sena) saya tak nampak apa dia buat. Cuma dijemput ke kenduri, datang, itu sahaja. Kalau buat aktiviti, saya dah lama tak dengar. Tengok cara dia, macam tak ada wakil rakyat. Apa dia buat pun kita tak tahu,” katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah pada 21 Oktober lalu mengesahkan nama Mahfuz Bean tidak ada dalam senarai calon yang mewakili PAS dalam PRU ke-14 bagi kerusi Parlimen Pokok Sena.
Sebaliknya Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu berkata, Mahfuz boleh mencari platform lain sekiranya dia masih mahu bertanding dan PAS Kedah mahu meletakkan calon lain di situ.
Sementara itu, seorang lagi pengundi, Razali yang juga merupakan seorang pesara berkata, dia kecewa kerana selepas menang dalam PRU yang lalu, Si Mahfuz Bean tu terus menghilangkan diri.
“Ada jawatan terus hilang. Kita pun rasa kecewa dengan dia,” katanya.
Seorang lagi pengundi, Mohd Yusof Abdul Taib, 54, juga tidak kisah apabila nama Mahfuz tidak lagi dicalonkan untuk bertanding di kawasan Parlimen Pokok Sena pada PRU14 akan datang.
Yusof yang juga merupakan seorang penyokong PAS, turut melahirkan kekecewaannya dengan sikap Mahfuz yang pada ketika ini lebih cenderung ke arah menyokong Pakatan Haprak tu.
Dia yang meniaga di Pokok Sena selama 20 tahun juga turut mendakwa “jarang nampak” kelibat Mahfuz melawat kawasan walaupun selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen sebelum ini.
Dalam erti kata lainnya, bagi pengundi dikawasan Parlimen Pokok Sena, kehadiran Si Mahfuz tu memang sudah tidak dialu - alukan lagi. Maka, elok la Si Mahfuz Bean tu sedar diri dan jangan berangan macam orang hilang akal tak tentu arah!!!