Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zain ini patut dimasukan ke dalam mesen Dobi Mesra Muslim supaya cakap-cakapnya menjadi lebih 'suci' dan tidak merapu dengan perkara yang bukan-bukan.
Mamat ini bukan main berdegar-degar hari itu mengkritik kenyataan Sultan Johor berkenaan Dobi Mesra Muslim. Dia kata dia berani dan takut hanya kerana Allah...
Bila kenyataannya menjadi viral dan dipanggil untuk disoalsiasat, baru terkencing-kencing dalam seluar... Tiba-tiba pula mamat ni dengan sembah takzim seolah minta nyawa dengan berkata :
"Saya amat menghormati dan menyanjung tinggi raja-raja Melayu, apatah lagi Tuanku Sultan Johor yang memang dikenali sebagai seorang yang berjiwa rakyat dan berpegang teguh dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah."Pandai-pandailah kau nak berlakon jadi pacal yang hina! Kah! Kah! Kah!
Mamat ni terkantoi bila tidak mengaku ada sebut pun nama Sultan Johor. Betullah kamu tak sebut namanya, tapi semua orang boleh faham maksud kamu bila kamu sebut dalam rakaman U-Tube :
0:00 – 0:16 : Ala benda kecik pun… benda kecik pun bising seluruh dunia tuan-tuan! Dobi mesra Muslim… benda kecik sedikit, seluruh dunia! Ada sultan kata, dobi mesra muslim tidak patut diadakan di negeri beta ini. Ini bukan Afghanistan negeri Taliban, Zamzam ala kazam! Tak patut Tuanku Sultan cakap macam tu!Sultan mana lagi kalau bukan Sultan Johor yang berkaitan dengan isu dobi ni?
Zaihan menyalahkan FMT, MMO, NSTP dan Zaid susulan kontroversinya mengkritik sultan Johor dan memberikan mereka tujuh hari untuk menarik balik “tuduhan liar” dan mengemukakan permohonan maaf kepadanya secara terbuka.
“Jika gagal berbuat demikian saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memfitnah saya tanpa prejudis,” katanya.
Nampak kelakar betul Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) ini bila dia ugut mereka konon kerana memfitnahnya.
Yang paling kelakar bila dia tidak mengaku bekerja dengan Jabatan Kemajuan Islam Malausia (Jakim).
Menurut katanya, dia sudah 13 tahun tidak berkhidmat dengan Jakim, sebelum ke Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), kemudian dipindahkan ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) sehingga 2016....
“Di mana saya (kerja) sekarang rahsia,” katanya di sini
Kah! Kah! Kah! Mamat ini kantoi sekali lagi apabila Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha mengesahkan Zamihan seorang pegawai kader Jakim di Kementerian Dalam Negeri yang kini ditempatkan di Penjara Kajang.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merujuk pegawai kadernya, Zamihan Mat Zain, ke lembaga tatatertib berhubung kenyataan yang didakwa mengkritik Sultan Johor dalam kontroversi dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja”.
“Jakim telah memanggil ustaz Zamihan Mat Zain pada pagi tadi untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan perkara berkenaan. Jakim telah memutuskan untuk merujuk perkara ini kepada lembaga tatatertib untuk tindakan lanjut,” kata Othman dalam kenyataan yang diterima FMT malam tadi.~ sumber