Rasuah merujuk kepada sebarang wang yang diberi semasa pilihan raya.
________________________
Wang ini boleh diberi oleh sesiapa sahaja, untuk tujuan mempengaruhi pengundi untuk mengundi seorang calon/parti, atau sebagai ganjaran untuk menghadiri aktiviti kempen.
Contoh:
- Wang yang diberi kepada pengundi dalam bentuk “elaun”, termasuk “elaun/tambang pengangkutan” atau “elaun makanan”. Ini tidak termasuk bayaran kepada pekerja-pekerja atau sukarelawan parti yang membantuk dalam kempen pilihan raya.
- Wang yang diberi di pusat mengundi sebelum atau selepas mengundi
- Baucar yang diberi kepada pengundi, yang kemudiannya boleh ditukar kepada wang selepas pilihan raya jika calon menang
- Pemindahan wang secara elektronik kepada pengundi oleh individual yang sedang berkempen untuk calon
- Sebarang wang yang diberi kepada ahli keluarga pengundi, termasuk kanak-kanak, semasa aktiviti kempen.