SPRM: Dianggar RM1.5 bilion diseleweng kementerian di Sabah

Menurut SPRM, dana itu sepatutnya disalurkan ke projek berkaitan dengan air, elektrik dan jalan raya.
Azam-Baki-macc-sabah-development-malaysiaKOTA KINABALU: Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki berkata dianggarkan RM1.5 bilion peruntukan kerajaan pusat untuk melaksanakan projek di Sabah sejak 2009 hingga 2015 diseleweng sebuah kementerian.
Beliau berkata jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada RM7.5 bilion peruntukan kerajaan disalurkan melalui sebuah kementerian untuk melaksanakan projek luar bandar di Sabah.
“Projek berkenaan berkaitan dengan air, elektrik dan jalan raya dan mungkin ada projek berkenaan tidak sempurna dibuat atau mungkin tidak betul dibuat.
“Kami juga lihat terdapat unsur rasuah dalam kes ini. Kemungkinan kontraktor terlibat memberi rasuah kepada pihak tertentu,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata lebih 60 syarikat akan disiasat dan pihaknya akan mengheret semua dipercayai terlibat dalam kes berkenaan dan setakat ini pihaknya menahan 3 individu.
“Kami sudah menyiasat sebahagian syarikat berkenaan. Ada beberapa syarikat telah ditutup dan kami telah menghantar pegawai untuk mencari saksi terlibat,” katanya.
Azam berkata maklumat kes berkenaan diterima daripada orang ramai dan siasatan bermula selepas siasatan kes Jabatan Air Sabah tahun lepas.
Semalam SPRM menahan 3 individu termasuk seorang bekas timbalan setiausaha bahagian sebuah kementerian dalam siasatan mengenai penyelewengan dana berkaitan projek di Sabah.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :