SUARAM TETAP MAHU TUN M BERTANGGUNGJAWAB!!!

Selepas dituduh cuba membandingkan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan diktator Adoph Hitler, seorang bekas tahanan ISA menjelaskan dia sekadar membuat analogi mengenai cara segelintir ahli politik pembangkang cuba mengabaikan peranan bekas perdana menteri itu dalam penangkapan besar-besaran Ops Lalang pada 1987.

“Poin saya ialah, anda tidak boleh melihat suatu peristiwa dalam sejarah dan mengabaikan orang yang bertanggungjawab dalam bencana itu,” kata penasihat badan hak asasi manusia Suaram, Dr Kua Kia Soong.
Dia turut menafikan dakwaan menyamakan Tun Mahathir dengan Hitler, orang yang bertanggungjawab membunuhan berjuta - juta rakyat Jerman keturunan Yahudi ketika Perang Dunia Kedua.
“Yang saya katakan ialah, ia (mengabaikan peranan Dr Mahathir) umpama melepaskan Hitler daripada sebarang tanggungjawab dalam Perang Dunia Kedua,” katanya kepada FMT, sambil menambah ada ahli politik PH yang mahu melupakan peranan Dr Mahathir itu.
Kua dalam sebuah forum memperingati ulang tahun ke-30 Ops Lalang, di mana lebih 100 orang aktivis dan ahli politik ditangkap di bawah ISA, menyelar beberapa ahli politik pembangkang yang menurutnya cuba membela Dr Mahathir dengan tidak menuduhnya sebagai dalang dalam operasi besar-besaran itu.
“Ia seperti mengatakan Hitler tidak ada kena mengena dengan peperangan itu dan ia tercetus kerana fasisme dan oleh itu, Hitler tidak perlu meminta maaf,” kata Kua, yang turut ditahan dalam operasi tersebut dan menghabiskan lebih setahun di pusat penahanan Kamunting.
Komen Kua itu menerima kritikan keras bekas menteri yang kini ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim, yang mahu tahu sama ada pemimpin pembangkang lain berkongsi pandangan Kua yang disifatkannya sebagai “menjengkelkan”.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :