Hahaha!!! 12 orang je yang hadir Mesyuarat Khas PPBM? Ini mesyuarat buat kat tepi longkang ke? Memang memalukan sungguh! Kalau keluar dalam laman media sosial kompang bukan main. Sokongan ratus ribu orang.
Sedangkan mesyuarat JKKK di Ulu Cheka pun ramai dari itu yang boleh menghadirkan diri. Inikan pulak sebuah parti yang sentiasa gah tak tentu arah dengan kehebatan pucuk pimpinannya.
Katanya, Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak mengiktiraf Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) PPBM yang diadakan tahun lalu kerana hanya 12 orang ahli majlis tertinggi sahaja yang menghadiri mesyuarat itu.
“ROS telah meneliti minit ‘2016 EGM’ dan mendapati hanya 12 anggota dewan tertinggi yang hadir,” jelas Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim.
“Oleh itu, ia tidak diiktiraf sebagai EGM atau AGM (Mesyuarat Agung Tahunan), dan parti itu belum mengadakannya sejak ditubuhkan. Ini bermakna sehingga hari ini, parti itu telah tidak menganjurkan mana-mana EGM atau AGM.
“Kenyataan media yang dibuat oleh setiausaha agung parti mendakwa bahawa ia menganjurkan EGM pada 2 November 2016, tetapi hakikatnya itu hanya mesyuarat majlis tertinggi dan bukan EGM,” jelasnya.
Menurut Surayati, Fasal 28, yang merujuk kepada pindaan perlembagaan Pribumi, menyatakan bahawa “sebarang pindaan kepada perlembagaan parti itu mesti disokong oleh tidak kurang daripada 2/3 perwakilan yang hadir di AGM atau EGM”.
Dalam erti kata lainnya, tindakan Setiausaha Agung PPBM itu merupakan satu cubaan untuk menipu rakyat secara terbuka. Diorang ingat, rakyat di Malaysia ni bodoh sangat gamaknya.
Tapi jangan pelik jika selepas ini akan ada dikalangan puak Pakatan Haprak tu yang tampil membuat dakwaan kononnya RoS dah terima dedak dari Kerajaan. Sebab perkara yang sama pernah dilemparkan terhadap PAS sebelum ini!!!