Bekas ahli seumur hidup PKR, Badrul Hisham Shaharin mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja menggunakan sesi dialog 'town hall' bersama anak muda malam tadi untuk terus menghina Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata 'hubungan baik' bekas perdana menteri itu dengan Anwar pada ketika ini di dalam Pakatan Harapan (PH) semata-mata untuk menyelamatkan dirinya dan ahli keluarga.
"Dr Mahathir menyebut antara yang memaklumkan dia mengenai salah laku seks Anwar ialah adik (Datuk Seri) Azmin Ali. Dr Mahathir turut menyebut dia bertemu sendiri dengan mangsa seks Anwar yang diliwat dan sebagainya.
"Turut ditemui ialah seorang lelaki yang Anwar lancapi, tegas Dr Mahathir lagi. Dr Mahathir dengan jelas dan nyata memaklumkan dia tidak akan menerima seorang 'peliwat' sebagai pemimpin negara.
"Adakah anda percaya Dr Mahathir hendak Anwar bebas dan keluar memimpin negara, atau sekadar perkuda anda semua untuk selamatkan legasi politik dan selamatkan harta dia, keluarga, proksi dan kroni?," demikian menurut Chegubard di dalam satu kenyataan.
Dalam dialog 'town hall' bersama anak muda di Petaling Jaya semalam, Tun Mahathir diajukan pelbagai soalan daripada peserta berhubung dakwaannya terhadap Anwar sebagai Peliwat.
Tun Mahathir mendakwa dia tidak terlibat dengan tindakan polis yang menyiasat kegiatan salah laku seks Si Ketua Penipu itu pada tahun 1998 dan menegaskan bahawa tiada sesiapa pun mahu mempercayainya.
Bagaimanapun ketika sidang media yang diadakan selepas sesi dialog itu tamat, Tun Mahathir menjelaskan beberapa perlakuan seks luar tabie yang didakwa telah dilakukan Anwar.
Malah Tun Mahathir juga berkata bahawa dirinya tidak dapat menerima seorang peliwat menjadi pemimpin negara, selepas dia mengetahui Si Ketua Penipu itu bukan sahaja meliwat bahkan turut 'melancapi' mangsanya!!!