AHLI POLITIK "PENGSAN" BILA DISOAL KES RASUAH!!!

Hmm! Macam pernah dengar berita ni. Macam pernah tengok je keadaan ni berlaku di Malaysia apabila ada seorang Ahli Politik tu terpaksa dikejarkan ke hospital bila ditahan SPRM.

Ketika itu, alasan pihak yang didakwa mengatakan bahawa Ahli Politik itu mengalami tekanan darah yang tinggi sehingga menyebabkan dia terpaksa dibawa ke hospital secepat mungkin.

Tapi MUJUR, mujur Ahli Politik tu tetap juga tampil memberikan keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan kes rasuah yang melibatkan dirinya sendiri. Kalau tidak, jadi la macam di Indonesia ni.

Speaker Parlimen Indonesia, Setya Novanto yang dikaitkan kes rasuah bernilai AS$170 juta dilaporkan mencetus 'drama' apabila mendakwa cedera dalam sebuah kemalangan jalan raya.

Dakwaan tersebut dibuat susulan kegagalan serbuan oleh pasukan anti-rasuah ke kediaman mewahnya. Laporan media AFP mendedahkan gambar Setya dalam kesakitan terbaring di katil hospital.

Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, menyelar Setya dengan tuduhan cuba mengelak pegawai anti-rasuah yang mahu menyoalnya dalam satu daripada skandal rasuah terburuk Indonesia.
"Tindakan seperti ini membuatkan pihak lain mempersoalkan dan mempertikaikan segala-galanya. Pemimpin perlu mematuhi undang-undang dan dipercayai orang ramai, jika mereka larikan diri seperti ini, bagaimana mereka boleh dipercayai?" katanya.
Malam kelmarin, pegawai daripada Suruhanjaya Penghapusan Rasuah (KPK) menyerbu kediaman Netya yang bernilai jutaan dolar di kawasan mewah ibu kota itu, terkenal dengan jurang ekstrem antara golongan kaya dan miskin.

Ahli politik berusia 62 tahun itu diletakkan dalam senarai paling dikehendaki Indonesia sebelum muncul di hospital semalam, susulan dakwaan terbabit dalam kemalangan, walaupun tiada tanda kecederaan serius.

Pihak berkuasa mahu menyoalnya berhubung dakwaan dia dan ahli politik lain menggelapkan jutaan dolar dana awam dikaitkan dengan projek negara yang mengeluarkan kad pengenalan baharu kepada 255 juta penduduk republik ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :