Angkatan Muda Kecoh (AMK) Negeri Perak mencabar Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah untuk mengulangi kenyataan berhubung kes liwat melibatkan anak buahnya dengan Si Ketua Penipu tu di luar Parlimen.
Pengerusi Biro Guaman AMK, Khairul Anuar Musa mendakwa, cabaran itu dibuat kerana kenyataan yang dikeluarkan itu hanya merupakan satu tuduhan yang berbaur fitnah semata - mata.
"Tindakan yang dibuat oleh Ahmad Husni ini adalah tidak berasas dan dia telah merujuk kepada kes di mana Anwar telah didapati tidak bersalah dan tidak pernah wujud kejadian liwat tersebut.
"Ahmad Husni sendiri pernah dituduh dan difitnah mempunyai hubungan dengan wanita lain dan gangguan seksual dan dia telah membalas bahawa tuduhan itu adalah mainan cybertrooper yang jahat, tiada asas, palsu dan bertujuan menjatuhkan maruah.
"Tetapi sekarang berlaku sebaliknya apabila dia sendiri melemparkan tuduhan palsu dan hasutan jahat terhadap pemimpin pembangkang. Oleh itu, kita cabar dia ulang di luar Parlimen supaya mudah untuk kita saman dia," katanya.
Khairul Anuar berkata demikian setelah mengemukakan laporan polis berhubung kenyataan fitnah Ahli Parlimen Tambun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, petang tadi.
Sebelum ini, pihak media mendedahkan bahawa Ahmad Husni telah membuat tuduhan berkenaan di Parlimen pada 1 November lalu ketika sesi perbahasan Bajet 2018 sedang berlansung.
Sebagai rekod, Si Ketua Penipu kesayangan AMK itu kini sedang meringkuk dalam penjara selama 5 tahun kerana didapati bersalah meliwat bekas Pembantu Peribadinya, Saiful Bukhari. Itu pun budak - budak AMK tu masih tak percaya yang Si Ketua Penipu tu seorang Peliwat???