AKHBAR RAKYAT

KOTA BHARU: Anak lelaki Adun Salor Datuk Husam Musa hari ini mengaku tidak bersalah di
Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan memiliki dadah jenis metamfetamina seberat 20 gram lima hari lalu.
Ahmad Syafi Husam, 29, memohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.
Dia didakwa memiliki dadah berkenaan di tepi sebuah rumah di Jalan Pasir Mas-Salor, Kampung Jelutong pada 3.30 petang 18 November lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta sama, membawa hukuman penjara antara 2 hingga 5 tahun serta 3 hingga 9 sebatan jika sabit kesalahan.
Majistret Kamarul Hasyime membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Shahirun Azri Mohd Nordin manakala terduduh diwakili 5 peguam diketuai Firdaus Mohd Yusof.
Related Posts :
Identiti Penyerang Kasino Dikenal Pasti
MANILA – Identiti penyerang yang menyerang sebuah kasino terkenal di sini Jumaat lalu telah dikenal pasti sebagai warga tempatan, Jesse Ca… Read More...
Jenazah Pelajar Malaysia Maut Di Edinburgh Akan Dibawa Pulang
PUTRAJAYA - Mayat pelajar perubatan Malaysia yang menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland, Soh Zhi Min, 23, yang maut dalam satu kemala… Read More...
Dasar Pemisah: Amaran JPA buang kakitangan prestasi rendah...ekonomi kerajaan BN kritikal..!!Ketua pengarah JPA berkata, walaupun proses pembuangan perkhidmatan awam jauh lebih kompleks dan tidak boleh dipandang ringan, kerajaan meli… Read More...
Tikam mati rakan sekerja
TUKANG cat maut ditikam rakan sekerjanya dalam kejadian di hadapan bengkel membaiki kenderaan berhampiran Bulatan Nenas, Jalan Penampang,… Read More...
Pesawat dikendali Kelab Penerbangan ELITE - DCA
JOHOR BAHRU: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan pesawat ringan yang terhempas di jejambat Kota Iskandar-Pulai, berhampiran Laluan … Read More...