Heh! Ingatkan bila mahkamah membuat keputusan untuk mengurangkan jumah denda yang dikenakan diatas Si Khalid Samad ni, takde dah pihak yang akan menyalak tak tentu arah.
Malah, Si Khalid Samad tu sendiri dalam satu kenyataan sebelum ini berasa 'lega' dengan keputusan tersebut dan menganggap tindakan itu telah 'Menyelamatkan' Parlimen Shah Alam.
Tapi siapa sangka, ada juga dikalangan puak pembebasan hak beragama ni yang tak puas hati dengan keputusan tersebut dan mempertikaikan tindakan sambil lewa yang diambil oleh Khalid.
Katanya, Islam Renaissance Front (IRF) tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan mendesak agar Khalid memfailkan tuntutan mengenepikan tuduhan 'Mengajar Tanpa Tauliah' itu.
Malah, IRF juga turut mempersoalkan sama ada pengurangan kadar denda yang sekaligus membenarkan Khalid bertanding pada PRU14, punca Khalid mengabaikan gambaran lebih besar.
“Ada kesan lebih besar untuknya. Ia menjadi contoh sangat buruk untuk kes lain sedemikian. Perjuangan lebih besar di luar sana ialah memerangi ketaksuban pihak berkuasa agama di negara ini. Kita tidak sepatutnya meninggalkan perjuangan itu hanya kerana mereka mengenakan denda kecil.”
Selain itu, pihak yang didakwa sebagai pejuang kebebasan agama itu juga turut menganggap tindakan JAIS menetapkan keputusan 'Mengajar Tanpa Tauliah' itu sebagai satu perbuatan 'Zalim'.
Jelas mereka, ketetapan yang telah dibuat oleh JAIS adalah merupakan satu tindakan undang - undang zalim yang dilaksana dan dikuatkuasakan untuk menyekat pemikiran bebas.
“Ahli Parlimen dan semua penggubal undang-undang perlu mempertahankan apa yang betul, bukan hanya untuk apa yang menyenangkan. Negara ini perlu ditadbir undang-undang untuk kebenaran dan keadilan.
“Ahli Parlimen tidak boleh berkompromi, jika tidak, macam mana dengan rakyat biasa? Apakah peluangnya untuk dilayan dengan adil dan mendapat keadilan apabila undang-undang zalim dilaksanakan terhadapnya?
“Menjadi tanggungjawab semua ahli Parlimen dan penggubal undang-undang untuk memastikan undang-undang zalim tidak diluluskan dan dikuatkuasakan. Cabar undang-undang menindas seperti itu di setiap peringkat sehingga ia dimansuhkan.”
Dari satu sudut, pertikaian yang dibangkitkan oleh IRF itu membuktikan bahawa mereka sedang cuba untuk menentang ketetapan yang telah dibuat oleh Institusi Islam itu secara terbuka.
Persoalannya, siapa yang menyokong puak Pembebasan Agama ini? Dan apa pula peranan Si Khalid Samad tu dikalangan mereka? Adakah dia juga merupakan sebahagian dari puak yang menyokong Pembebasan Agama ini di Malaysia???