Apa perlunya anak Malaysia pentingkan keturunan?


Mengapakah anak kelahiran Malaysia masih mementingkan keturunan mereka? Sama ada daripada keturanan Jawa, India, Cina, Minang, Arab, Pakistan, Bugis atau apa saja? Bukankah mereka semuanya warganegara Malaysia dan yang berbangsa Melayu, serta tidak pula mereka dikenali dengan keturunan mereka? Cubalah lihat maklumat pada kad pengenalan mereka? Apa yang tertulis dalam kad pengenalan itu? Adakah maklumat tentang keturunan?
Tempoh hari, berbagai-bagai komen dan desakan telah disuarakan oleh golungan yang mengaku diri mereka daripada keturunan Bugis yang mahukan Tun Dr Mahathir memohon maaf atas alasan Tun Mahathir telah melabelkan orang-orang Bugis sebagai lanun dan perompak.
Apa perlunya anak Malaysia pentingkan keturunan?Ada juga satu pihak yang mahukan Tun Mahathir didakwa, kononnya telah mengeluarkan kata-kata menghina kaum Bugis. Manakala, seorang menteri kanan Umno yang telah mengaitkan isu ini dengan seorang pemimpin kanan Indonesia dari keturunan Bugis, yang dikatakan telah marah dengan kenyataan Tun Mahathir itu.
Saya ingin bertanya kepada mereka ini, mengapa apabila seorang menteri kanan Umno menyindir Tun Mahathir itu dari keturunan India, tidak ada desakan supaya menteri kanan Umno itu didakwa. Malahan, Tun Mahathir telah menerima sindiran itu dengan penuh kesabaran, dan meminta menteri kanan Umno tersebut menunjukkan kad pengenalan lama Tun Mahathir yang ada mencatakan nama dan keturunan Tun Mahathir itu dari India. Hingga sekarang, tidak ada sebarang bukti yang dapat ditunjukkan oleh menteri kanan UMNO tersebut. Bukankah ini satu penipuan?
Bagi saya, ini semua mainan politik yang tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada kesatuan dan perpaduan bangsa Melayu di negara ini. Adakah kita yang berasal daripada pelbagai keturunan yang lahir di negara ini tidak lagi mahu menganggap diri kita sebagai bangsa Melayu? Adakah kita mahukan diri kita dikenali melalui keturunan kita?
Kalau itulah yang kita mahu, maka saya kuatir bangsa Melayu akan pupus di muka bumi Malaysia ini disebabkan ketiadaan kesatuan dan perpaduan bangsa Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :