Alahai! Bangga sangat puak Pakatan Haprak tu mempertahankan tindakan Si Azmin Ali tu memberikan bonus 3 bulan kepada kakitangan awam sebelum ini. Sampai hari ini, masih belum habis diorang bercerita.
Padahal, bonus yang diumumkan oleh Si Azmin Ali tu datangnya dari poket rakyat yang membayar hasil cukai dan premium tanah. Kiranya, duit rakyat juga yang dipergunakan oleh Si Azmin ni.
Secara tidak sedar, mereka sendiri telah tertipu dengan tindakan yang dilakukan oleh Si Azmin Ali tu. Dikala orang lain dapat bonus, Si Azmin tu dapat lebih dari kakitangan awam yang lain.
Bayangkan. Kalau kakitangan biasa yang gajinya RM 3,000 sebulan hanya akan dapat bonus RM 3,000 sahaja. Sedangkan Si Azmin Ali tu pulak dapat jauh lebih banyak dari mereka.
Namun puak Pakatan Haprak tu tetap menganggap, pertikaian yang dibangkitkan sebelum ini merupakan luahan rasa dengki dan iri hati terhadap Rejim Pakatan Selangor pimpinan Si Azmin Ali.
Soalnya, kita bukan dengki atau cemburu dengan kemampuan Rejim Pakatan Selangor tu nak memberikan bonus sebanyak mana yang dimahukan. Tetapi kenyataannya, dia menipu rakyat.
Dalam pembentangan Bajet 2018 Selangor, Azmin kata nak bagi Bonus 3 bulan kepada kakitangan awam. Padahal dia hanya bagi SEBULAN kerana dua bulan lagi sudah dibayar pada bulan Jun 2017 yang lalu.
Kalau diikutkan kebiasannya, pembentangan Bajet 2018 adalah unjuran untuk tahun hadapan, bukan tahun sebelumnya. Maka, kalau bagi bonus dalam tahun 2017, bukan Bajet 2018 namanya.
Sebaliknya, Si Azmin tu hanya bijak bermain dengan kata - kata untuk menyedapkan telinga serta mencetuskan sensasi berhubung pembentangan bajet yang telah dilakukan sebelum ini..
Tapi sebab ramai sangat kurang cerdik pasal peraturan, maka senang la untuk Si Azmin ni menipu. Nak pulak dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri yang teruja menerima habuan dari Rejim Pakatan.
Namun, perkara itu bukan la satu perkara yang baru. Penyokong Pakatan Haprak tu memang mudah ditipu oleh pemimpin atasan mereka. Maka sebab itu la isu mengenai penyelewengan dana DEIG sebanyak RM 30 billion pun sampai hari ini masih ramai yang tak tau!!!