BEKAS EDITOR AKUI MAHATHIR MUDAH KENA TIPU???

Hah! Memang tak hairan la kenapa hari ini bekas Perdana Menteri Malaysia itu boleh terpedaya dengan dakyah pembohongan yang dibawa oleh puak - puak Pakatan Haprak nak Selamatkan Negara.

Rupanya, Tun Mahathir ni seorang yang mudah kena tipu. Nak pulak oleh mereka yang 'Nampak Bijak' sedangkan hakikatnya diorang ni hanya sekadar nak menjaga kepentingan Politik peribadi diri sendiri.

Perkara itu jelas apabila ada seorang editor tersohor yang turut menyokong puak Pakatan Haprak tu cuba menjustifikasikan tindakan Tun Mahathir terhadap Si Ketua Penipu tu sebelum ini.

Antara lain, bekas editor tersohor itu mendakwa bahawa dia tetap yakin Tun Mahathir boleh menyelamatkan Malaysia walaupun mudah mempercayai orang yang pandai bercakap dan berkarismatik.
“…tetapi itulah Mahathir yang dari awal percaya tidak ada musuh yang kekal dalam politik. Politik tidak mendarah daging dalam jiwa saya,” tulisnya dalam blognya hari ini.
Kenyataan itu dibuat sebagai menjawab persoalan dikalangan rakyat berkaitan pendirian Tun Mahathir terhadap Si Ketua Penipu itu yang sebelum ini pernah dituduh sebagai seorang Peliwat.

Malah, kata bekas editor tersohor itu, Tun Mahathir tidak mempercayai Si Ketua Penipu tu terlibat dalam salah laku seks songsang seperti mana yang dilaporkan oleh pihak Polis sebelum ini.
“Saya percaya Mahathir hanya percaya bila dia diyakinkan oleh orang rapat dengannya yang juga takut kepentingan ekonomi mereka terhakis bila Anwar berkuasa.”
Bahkan, bekas editor tersohor itu juga turut mengakui bahawa dia dipecat oleh Tun Mahathir daripada jawatan ketua pengarang Kumpulan Utusan juga kerana Tun Mahathir lebih mempercayai Anwar.

Dalam erti kata lainnya, kenyataan bekas editor tersohor itu secara tidak lansung membuktikan bahawa Tun Mahathir ni seorang pemimpin yang terlalu mudah diperdaya dan tidak mempunyai pendirian yang tetap terhadap apa yang dilakukannya!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :