BEKAS PENGERUSI SPR GANTI NURUL IZZAH???

Desas desus mengenai rombakan beberapa kawasan PKR kini semakin hangat kedengaran dan mula menjadi perbualan dikalangan rakyat termasuk ahli parti tersebut secara tertutup.

Jika sebelum ini, kita dengar cerita pasal kemungkinan Parlimen Kuantan yang bakal ditandingi oleh PPBM walaupun Ahli Parlimen tersebut masih lagi diwakili oleh pemimpin PKR.


Malah, dalam pendedahan yang dibuat, kebarangkalian kawasan Parlimen Pandan yang diwakili oleh Rafizi juga yang digantikan dengan calon dari PPBM juga turut menjadi perhatian.
PKR Angkat Kaki Dari Lembah Pantai, Letakkan Calon Bunga Bekas Pengerusi SPR #Negaraku
Kali ini, khabar angin mengatakan yang Si Nurul Izzah bakal melarikan diri dari Parlimen Lembah Pantai pula menjadi topik hangat apabila ada yang mendakwa PPBM akan ambil alih.

Khabar mengenai perpindahan Si Nurul Izzah ke Permatang Pauh bukan berita baru. Tapi kemungkinan dia akan dipindahkan ke kawasan lain yang lebih selamat menjelang PRU yang akan datang.

Namun, ada dikalangan ahli PKR mendakwa perpindahan beberapa kawasan Parlimen PKR kepada PPBM ini merupakan sebahagian dari strategi Azmin untuk melemahkan kem Wan Azizah.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila pemimpin - pemimpin yang Pro Wan Azizah sahaja yang dipindahkan. Tetapi mereka yang menyokong kartel Azmin masih kekal untuk memastikan kedudukan Timbalan Presiden PKR itu bertambah kukuh!!!

Subscribe to receive free email updates: