Berita Harian dan Utusan Malaysia mestilah sanggup untuk menyiarkan "pekong" di kalangan kerajaan yang akan didedahkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir sebagai tindak balas terhadap dua akhbar itu yang membongkar gaya hidup mewah cucu perempuannya.
Mahathir telah memberi amaran akan berbuat demikian kerana "dalam politik memburukan orang lain menjadi strategi,"katanya
Jika BH dan UM berani membuat pendedahan tetapi tidak sanggup menyiarkan keburukan yang akan didedahkan oleh Tun maka ini akan memburukan lagi imej kedua akhbar perdana itu yang pengedaran mereka semakin parah menjunam sekarang.
Laporan yang bertujuan merosakan imej Mahathir itu berpunca dari kedua akhbar itu dan jika tindak balasnya tak disiarkan mereka maka akan menelanjangi ketidakadilan pemberitaan,kecemaran kredibiliti dan benar-benar menjadi akhbar porpaganda murahan yang tidak profesional.
Mahathir diketahui umum sebagai seorang ahli politik yang sanggup pergi kepada langkah serendah-rendahnya dalam menjatuhkan lawannya.
Beliau dipercayai menyimpan banyak cerita-cerita menarik tentang menteri-menteri di bawahnnya terutama yang melibatkan peribadi yang hanya menunggu saat sesuai untuk diedahkannya.
Berikut adalah lapuran Malaysiakini:
Saya boleh korek keburukan juga, kata Dr M Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kepada pesaing politiknya bahawa beliau juga boleh mendedahkan keburukan mereka.
Beliau berkata demikian selepas dua akhbar berkaitan Umno melaporkan gaya hidup mewah cucu perempuannya baru-baru ini.
"Dalam politik memburukkan orang sentiasa jadi strategi. Ini adalah idea untuk mengalihkan perhatian daripada 1MDB, derma RM2.6 bilion dan sebagainya.
"Kamu pergi korek keburukan orang lain, saya boleh korek keburukan juga," kata Mahathir semasa sidang akhbar di pejabat Pakatan Harapan (HARAPAN) di parlimen hari ini.
Ahad lalu, Utusan Malaysia dan Berita Harian menyiarkan berita muka depan mengenai gaya hidup cucu bekas perdana menteri itu, Meera Alyanna Mukhriz.
Utusan Malaysia menerbitkan gambar Meera di atas kapal layar yang didakwa dinamakan sempena namanya dan mendakwa gadis itu sering memakai pakaian berjenama dan menjalani gaya hidup mewah.
Berita Harian, sebaliknya menerbitkan gambar-gambar Meera dan adik perempuannya Melia Serena di atas bot dengan kawan-kawannya.
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz semalam berkata tidak ada salah mempamerkan kemewahan diri asalkan kekayaan itu datang dari sumber yang halal.
Namun Nazri berkata, semua pihak juga mahu tahu sumber kekayaan keluarga bekas perdana menteri itu.