BERPISAH DARI KEKASIH YANG BERHARGA.

Menyerahkan buku TunRazak: Jejak Bertapak Seorang Patriot
kepada Timbalan Ketua Perpustakaan UIM Azman Abdul Rahim
Setelah berfikir panjang dan merenung jauh kehadapan saya mengambil keputusan untuk berpisah dari bahan-bahan kesayangan saya yang tersimpan di perpustakaan kecil di rumah saya demi untuk kepentingan mereka yang mencintai sejarah dan mencintai buku.

Saya telah menyerahkan bahan-bahan ini kepada Universiti Islam Malaysia. Diantaranya ialah bahan-bahan sejarah Utusan Melayu yang sukar lagi untuk ditemui, keratan-keratan berita saya dan juga tulisan-tulisan saya lainnya yang bernilai sejarah, surat-surat asal Tun Dr.Mahathir kepada saya, Interview TV dengan Tun Ghafar Baba dan kontroversi saya dalam Parlimen mengenai video Kelantan dalam Gerhana dan sebagainya.

Paling banyak buku-buku yang telah saya baca dan juga yang belum dibaca walaupun dibeli untuk di baca yang  telah banyak memberikan faedah kepada saya sebagai bahan rujukan penulisan dan bagi mengenangkan masa lalu.

Saya juga menyumbangkan semua buku karya saya. Antaranya Mahathir di Sebalik Tabir dan Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot.

Seorang rakan saya Tan Sri Johan Jaafar mencatitkan kepada saya " There' s no shamed in leaving the books on your self unread." Tetapi saya merasa berdosa jika telah berfaedah kepada saya tetapi tidak dikongsi bersama dengan lebih ramai orang.

Bagaimanapun  ada juga buku-buku yang terus mengikat saya yang saya tidak sanggup melepaskannya buat waktu ini tetapi saya terfikir siapakah yang akan membaca bila saya sudah tiada lagi. Zaman depan bukan zaman buku tetapi zaman semuanya di hujung jari anda (online). 

Terima Kasih kepada buku-buku yang telah memberi faedah kepada saya dan saya  terhutang budi kepada Allahyarham Tan Sri Mazalan Nordin Ketua Pengarang Utusan Melayu yang telah mendidik saya menjadi seorang terpelajar menerusi pembacaan.

Jika anda tertarik untuk mengetahui latar belakang sejarah pembentukan kehidupan saya dari awal maka bukalah You Tube di bawah tajuk Library Universiti Islam Malaysia. Saya merasa besar dengan pencapaian saya kerana saya tidak melalui proses biasa.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :