BILA HARGA MINYAK NAIK, RAMAI YANG NAIK MINYAK!!!

Minggu ni ramai yang marah sebab harga minyak naik 6 sen. Macam -macam perkara diperkatakan oleh pelbagai pihak yang tidak berpuas hati sehinggakan pihak pembangkang tak perlu bersuara untuk menghentam Kerajaan.

Kenaikkan harga minyak minggu ini seolah - olah menjadi bahan modal percuma buat Pakatan pembangkang untuk terus menghasut rakyat agar membenci Kerajaan Barisan Nasional.

Tidak dinafikan bahawa kita semua juga turut terkesan dari peningkatan harga minyak itu secara langsung sebab kita pun merupakan penggunanya.

Tapi adakah kita sampai tahap memaki hamun Kerajaan kerana kenaikkan harga minyak itu minggu ini tanpa berfikiran rasional?

Soalnya, sebab apa ramai yang marah bila harga minyak ni naik? Sebab minyak itu merupakan sebahagian dari keperluan hidup rakyat.

Dan sudah pastinya, sebagai Kerajaan yang memerintah, mereka perlu pastikan keperluan rakyat itu dijaga dengan baik dan tidak diendahkan begitu sahaja.

Kita bagi la alasan apa sekali pun, ianya tidak akan menjustifikasikan keadaan semasa. Sebab minggu ni ramai orang yang marah. Dan artikel ini bukan untuk membetulkan keadaan.

Tapi, dari satu sudut, kita dapat lihat bahawa masyarakat kita hari ini lebih suka hidup dengan slogan "Living for the day". Maknanya kita hidup untuk hari ini sahaja. Maka sebab itu ramai yang marah bila harga minyak naik minggu ini.

Sedangkan ramai yang tak terfikir sekiranya minyak turun minggu depan. Adakah pada ketika itu mereka yang memaki hamun minggu ini akan mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan?

Adakah kita yang berbakul-bakul maki hamun Kerajaan hari ini akan memohon maaf diatas segala cacian yang telah dilemparkan sekiranya harga minyak itu turun minggu depan?

Jawapannya TIDAK. Sebab alasan kita, "Itu memang kerja Kerajaan. Kerajaan memang wajib kena jaga kebajikan rakyat".

Memang betul kerja Kerajaan menjaga kebajikan rakyat kerana Kerajaan yang bertanggungjawab adalah Kerajaan yang menjaga kebajikan rakyatnya. Tapi tidak pula keadaan itu membenarkan kita untuk memaki hamun sesuka hati.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :